Sindiket Penipuan Tawaran Kerja Di Luar Negara, 750 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Pulang

Alhamdulillah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & BERNAMA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seramai 750 warganegara Malaysia yang terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berjaya diselamatkan dan dihantar pulang ke tanah air pada 25 Februari lalu

Menurut laporan BERNAMA, Kementerian Luar menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen memaklumkan lapan rakyat Malaysia pula dalam proses dihantar pulang, manakala 236 orang lagi sedang dijejaki.

"Ini menjadikan jumlah warganegara Malaysia yang terlibat adalah 994 orang. Jumlah ini berdasarkan laporan yang diterima daripada waris, ahli keluarga, rakan, polis atau individu itu sendiri," tulisnya.

Kementerian itu menjawab soalan Chong Zemin (PH-Kampar) berhubung langkah yang diambil untuk menyelamatkan warga Malaysia yang ditipu di luar negara dan dipaksa menjalankan penipuan siber.

Image via BERNAMA

Usaha menyelamatkan rakyat Malaysia itu dilakukan Kementerian Luar melalui perwakilan diplomatik di luar negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan

Difahamkan, Kementerian Luar memaklumkan setibanya di Malaysia, individu itu akan diambil keterangan oleh pihak PDRM untuk membantu siasatan dan menentukan penglibatan mereka dalam sindiket seumpama itu.

"Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat bukti kukuh yang menunjukkan bahawa mereka adalah dalang dan bukannya mangsa berdasarkan undang-undang sedia ada, termasuk Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun,"
katanya.

Kementerian itu turut menasihati rakyat Malaysia supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan gaji lumayan dan tidak realistik. 

PDRM menahan pekerja dipercayai ahli sindiket penipuan tawaran kerja.

Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: