Sindiket Mak Ayah Hantar Anak Beraya Rumah Bukan Kenalan Kutip Duit Raya? Biar Betul!

Kena banyak soal kat budak-budak yang datang beraya nanti ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Instagram & Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dah nama pun hari raya, mestilah rumah kita bakal didatangi kanak-kanak yang beramai-ramai datang beraya rumah ke rumah

Tapi pernahkah anda terfikir bahawa ada kemungkinan kehadiran mereka merupakan sindiket untuk mendapat duit raya?

Itulah persoalan yang timbul menerusi perkongsian @faiz.suhaimi1 di TikTok memberitahu pengalamannya menjemput masuk seorang kanak-kanak yang tidak dikenalinya datang beraya.

"Ada sorang tu umur tujuh tahun dia datang sorang-sorang, aku tanya mana kawan-kawan, adik beradik, sedara mara, dia kata takde dia datang sorang.

"Aku cakap, aik jalan kaki ke, dia kata tak mak ayah dia hantar naik kereta setiap rumah untuk collect duit raya.

"Aku tanya dia mana mak ayah dia, ada kat depan sana tapi mak ayah dia tak masuk anak dia sorang je masuk," katanya.

Image via TikTok

Turut menerima tetamu yang kurang beradab ketika berkunjung di hari raya

Bagi lelaki itu, isu 'sindiket' yang dialaminya itu tidaklah begitu terkesan disebabkan kanak-kanak yang meziarahi rumahnya masih lagi beradab dan berkunjung ke rumahnya dengan baik.

Apa yang lebih membuatkannya terasa adalah sikap sesetengah kanak-kanak yang kurang beradab ketika berkunjung ke rumahnya hanya meminta duit raya tanpa masuk ke rumah.

"Aku terkejut dan bagilah duit raya lepastu adik beradik dia yang lain datang minta juga meminta duit raya je tapi taknak beraya.

"Aku tepuk-tepuk dahi dah sebab zaman aku dulu aku malu nak datang rumah orang yang kita tak kenal semata-mata untuk duit raya.

"Paling-paling pun kau kena ada adab untuk ziarah rumah orang tu bukan semata-mata nak duit raya, aku takut benda ni jadi budaya generasi akan datang," kongsinya.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: