“Simple & Kos Rendah” – Jom Buat Resepi Milo Lava Cake Yang Lazat Tak Terkata Ini
Tak susah pun nak buat.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Lava Cake merupakan makanan yang popular dalam kalangan penggemar desserts
Ia diberi nama Lava Cake kerana terdapat lelehan chocolate ditengah-tengah kek yang nampak seperti lava. Resepi membuat kek ini tidak memerlukan tepung yang banyak tetapi lebih banyak penggunaan chocolate dan butter.
Jika anda teringin nak mencuba buat Milo Lava Cake dengan cara yang sangat simple dan kos rendah, jom ikuti perkongsian oleh @tiantikaeflisa di Instagram ini.
Lihat perkongsian penuh di bawah:
Image via Food Network
Bahan-bahan:
- 2 packet serbuk Milo saiz kecil
- 30ml cawan air panas
- 1 biji telur
- 30g gula
- 45g tepung
- Chocolate bar
- 30ml marjerin
Cara penyediaan:
1. Masukkan 2 packet serbuk Milo ke dalam mangkuk yang sederhana besar.
Image via @tiantikaeflisa (Instagram)
2. Kemudian, tuangkan 30ml cawan air panas dan kacau hingga sebati.
Image via @tiantikaeflisa (Instagram)
3. Di dalam mangkuk yang lain, pecahkan sebiji telur kemudian masukkan gula dan kacau. Selepas itu, masukkan pula tepung dan kacau lagi hingga sebati.
Image via @tiantikaeflisa (Instagram)
Image via @tiantikaeflisa (Instagram)
4. Seterusnya, tuangkan campuran milo bersama air suam tadi ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
Image via @tiantikaeflisa (Instagram)
5. Selepas itu, masukkan majerin yang telah dicairkan dan kacau lagi.
Image via @tiantikaeflisa (Instagram)
6. Sapukan majerin pada bekas aluminium foil petak. Kemudian, anda boleh tuangkan adunan kek ke dalamnya.
Image via @tiantikaeflisa (Instagram)
7. Potong chocolate bar dan masukkan ia ke dalam adunan kek.
Image via @tiantikaeflisa (Instagram)
8. Kukus selama 5 minit.
Image via @tiantikaeflisa (Instagram)
8. Milo Lava Cake sudah siap! Anda boleh taburkan serbuk Milo di atasnya sebagai hiasan.
Image via @tiantikaeflisa (Instagram)
Kredit resepi: @tiantikaeflisa (Instagram)
Tak tahan betul tengok chocolate cair dekat tengah-tengah tu. Kena cuba sekarang! 😀
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

Cover image via 