Bertahun Simpan RM20 Dalam Tin Kuih Bulan Setiap Kali Dapat, Lelaki Kini Miliki RM10,000
Boleh cuba ni!
Cover image via Tuina KL 推拿高手 (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki kini mempunyai wang tunai berjumlah RM10,000 selepas menyimpan sekeping wang kertas RM20 setiap kali mendapatkannya
Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia yang juga seorang massage therapist di Petaling Jaya, Selangor mendedahkan dia menyimpan wang kertas bernilai RM20 itu di dalam sebuah kotak kuih bulan.
"Selama bertahun-tahun, sedikit demi sedikit, bekas tin itu telah penuh. Ianya lebih daripada sekadar wang, ia melambangkan sebuah ritual kehidupan.
"Setiap kali saya membuka tin ini, saya tidak dapat menahan rasa kepuasan yang tenang," tulisnya.
Image via Facebook
Simpanan itu bukan sahaja untuk dirinya malah untuk merealisasikan impian membawa ibunya travel
Dalam sebuah temu bual bersama SAYS, lelaki itu mendedahkan apa yang dilakukan bukan sekadar suka-suka malah mempunyai tujuan untuk membawa ibunya bercuti.
"Saya menyimpan wang ini sebagai ganjaran kepada diri sendiri dan juga buat ibu saya membawanya travel" katanya sambil menambah bahawa itu adalah caranya untuk membalas kembali jasa ibunya.
Menurutnya, rutin yang dilakukannya itu telah bermula sejak tiga ke empat tahun yang lalu dan telah berjaya mengumpul lebih daripada RM10,000 hanya dengan menyimpan wang kertas RM20.
Tambahnya, dia juga sedang menyimpan wang kertas RM5 yang kini sudah mencapai jumlah RM2,000.
Image via Facebook
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


