Simpan Emas & Guna Kenderaan Tanpa Ansuran, DMS Gold Perkenal Program “Simpan & Pandu”
Difahamkan, program itu adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Cover image via DMS GoldFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
DMS Gold hari ini melancarkan inisiatif perintis dalam pasaran automotif dan simpanan negara, iaitu Program Simpan & Pandu, yang berpotensi membolehkan rakyat Malaysia memandu kenderaan elektrik (EV) tanpa sebarang beban hutang atau bayaran ansuran bulanan
Program unik ini merupakan kerjasama strategik dengan DMS Motors dan Koperasi Usaha Maju Berhad (KOMAJU), menggabungkan konsep simpanan emas yang berdisiplin dengan manfaat penggunaan kenderaan elektrik secara percuma.
Pengarah DMS Motors, Dato' Mohd Ali Majis, berkata program ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, bertujuan membantu masyarakat menikmati mobiliti lestari sambil menggalakkan simpanan emas sebagai aset masa depan.
"Kita merupakan yang pertama di Malaysia yang mewujudkan inisiatif di mana orang boleh simpan emas dan boleh pandu kereta secara percuma. Program ini bukan sahaja dapat membantu masyarakat untuk memandu kereta EV, tetapi juga menggalakkan budaya menyimpan emas," katanya dalam majlis perasmian hari ini.

Pengarah DMS Motors, Dato' Mohd Ali Majis
Image via DMS GoldBebas hutang, komprehensif dan patuh syariah
Program 'Simpan & Pandu' ini menawarkan pakej penggunaan kenderaan yang komprehensif tanpa melibatkan sebarang kos bulanan, termasuk ansuran percuma, penyelenggaraan percuma dan cukai jalan percuma.
Dato' Mohd Ali menjelaskan bahawa program ini berasaskan hak penggunaan, bukannya pemilikan. DMS Motors akan menguruskan pendaftaran, insurans, cukai jalan dan penyelenggaraan terpilih bagi pihak pengguna.
"Kami menyasarkan peluang ini kepada golongan B40 dan M40 kerana ia adalah peluang yang sukar untuk didapati. Kita boleh bawa kereta dengan tak ada bayaran bulanan dan dah tak perlu fikir pasal penyelenggaraan," tambah beliau.
Penyertaan dalam program ini ditentukan melalui jumlah simpanan emas yang dibuat:
- 50 gram emas: Melayakkan penggunaan model EV yang lebih kecil.
- 100 gram emas: Melayakkan penggunaan model SUV EV.

Penasihat Syariah DMS Group, Ustaz Asyraf, mengesahkan bahawa program ini adalah patuh syariah dan bebas daripada unsur riba yang melibatkan pinjaman konvensional.
"Secara sudut syariah, dengan simpanan emas, kita terlepas daripada riba. Simpanan emas adalah selari dengan hadis Nabi SAW kerana duit akan susut nilai, tetapi emas makin lama makin naik nilainya," jelas Ustaz Asyraf.
Emas akan kekal jadi milik pelanggan
Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Dato' Salim Rahman, menekankan bahawa emas adalah aset yang menjana keuntungan dan pada masa sama membolehkan pelanggan menggunakan kereta secara percuma, terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa.
"Simpanan emas akan menjana lebih keuntungan kepada yang menyimpan, dan pada masa sama, dapat guna kereta secara percuma. Lepas setahun, pelanggan boleh pilih untuk tukar kepada model baharu atau mengambil balik emas mereka," katanya.
Majlis pelancaran hari ini turut menyaksikan penyerahan kunci kenderaan EV kepada beberapa pelanggan terawal. DMS Gold kini beroperasi dengan KOMAJU sebagai korporasi pengurusan dan sedang merancang untuk mengembangkan program ini ke seluruh negara, dengan Perak menjadi sasaran seterusnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



