Simpan 350 Liter Minyak Masak Subsidi, Warga Asing Kena Denda RM12,000

Dia dituduh memiliki minyak masak paket 1 kilogram sebanyak 350 unit di premisnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Buletin TV3 & NST
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lelaki warga asing didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas kesalahan menyimpan minyak masak subsidi seberat 350 kilogram tanpa permit

Menerusi laporan Buletin TV3, denda tersebut telah diputuskan oleh Hakim Nor Azah Kasran di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Tabibar Rahman, 56, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Tabibar telah didakwa memiliki barang kawalan berjadual minyak masak paket 1 kilogram sebanyak 350 unit di premisnya.

SAYS.com
Image via Mahkamah Negeri Pulau Pinang

Tertuduh boleh dipenjara jika tidak selesaikan denda

Menurut Hakim, tertuduh turut diarahkan untuk menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 3(1) Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Difahamkan, kesalahan berkenaan telah didapati dilakukan di premis yang terletak di Mukim 12, Kampung Sekolah Juru, Bukit Mertajam pada jam 2.40 petang, 6 Ogos lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: