Silat Harimau Digunakan Sebagai Seni Mempertahankan Diri Dalam Filem ‘Black Panther’
Hebat betul penangan filem ini!
Cover image via Marvel StudiosAgak menarik apabila filem yang sedang meningkat naik di dalam carta box office, Black Panther terbitan Marvel Studios turut ada kaitan dengan seni mempertahankan diri Nusantara iaitu silat
Perkara ini didedahkan oleh aktor utamanya iaitu Chadwick Boseman yang memainkan watak Black Panther atau T'Challa bahawa beliau dan pelakon yang lain berlatih adegan pertarungan dan mempertahankan diri menggunakan silat.
Image via Marvel Studios
Ia merupakan hasil penyelidikan oleh pengarah, Ryan Coogler. Beliau dan team produksi telah melakukan kajian terperinci ke atas seni mempertahankan diri dari seluruh dunia termasuk Silat Harimau.
Boseman mendedahkan bahawa dia turut mempelajari seni mempertahankan diri tradisional yang sinonim dengan Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei itu, lapor Straits Times baru-baru ini.
Silat Harimau adalah satu daripada ratusan jenis silat yang dikatakan menyerupai pergerakan harimau – merendahkan posisi diri, terdapat lompatan dan tendangan.
Boseman juga sebelum ini pernah memuat naik satu video di laman Instagram miliknya yang menyaksikan dia sedang berlatih satu adegan lawan yang kelihatan seperti silat.
Image via Instagram @chadwickboseman
Image via Instagram @chadwickboseman
Silat Harimau merupakan antara salah satu aliran silat Nusantara yang pergerakannya menyerupai harimau dengan melibatkan banyak aksi melompat dan menendang seperti haiwan tersebut
"Pasukan produksi kami bekerja keras dalam menghasilkan koreografi menarik bagi adegan melawan. Ia melibatkan Capoiera dari Brazil, tinju Dambe (Nigeria), gusti Senegal.
"Juga aksi pertempuran menggunakan kayu Zulu, dan juga aksi mempertahankan diri Asia Tenggara seperti Muay Thai dan silat," katanya kepada akhbar tersebut.
Kata Boseman, semua aksi mempertahankan itu kemudiannya digabungkan bagi menghasilkan satu identiti budaya menarik Wakanda, yang merupakan sebuah negara fiksyen menerusi filem tersebut.
Image via Blogspot
Image via Marvel Studios

