Siapa Sebenarnya Yang Mulakan & Cipta Resipi Nasi Lemak? Ini Yang Anda Kena Tahu
Makan-makan juga, kena tau juga apa cerita di sebalik hidangan ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa je yang kat Malaysia ni tak pernah makan nasi lemak bukan?
Lagi-lagi zaman sekarang ini, makin banyak gerai dan restoran yang khas menjual nasi lemak dipenuhi rakyat Malaysia tidak kira waktu.
Tapi dalam seronok kita menikmati hidangan kebangsaaan ini, pernahkah kita terfikir mana datangnya nasi lemak ini? Siapa pengasasnya? Macam mana orang boleh terfikir nak buat hidangan ini?

Ada yang mengatakan nasi lemak 'ditemui' di Melaka melalui kisah seorang gadis bernama Seri tertumpahkan santan ke dalam nasi ketika memasak untuk ibunya, Mak Kuntum
Nama hidangan itu dikatakan berasal daripada perbualan antara dua beranak itu apabila Mak Kuntum bertanya pada anaknya itu apa yang sedang dimasaknya, gadis itu menjawab, "Nasi le, mak!"
Walaupun tiada catatan sejarah mahupun pengesahan tentang kisah ini, ia telah diceritakan turun temurun dan menjadi salah satu legenda bagi asal usul nasi lemak.

Gambar ilustrasi AI.
Image via GrokTerdapat juga pendapat bahawa nasi lemak muncul bukan dari kesilapan tetapi muncul untuk menempuh hari-hari yang mendatang
Di pantai barat Semenanjung Malaysia, petani memerlukan sesuatu yang 'baik 'berat' untuk memastikan mereka mampu melalui hari-hari yang panjang di sawah padi.
Nasi yang dimasak dengan santan, digandingkan dengan sambal, ikan bilis, kacang tanah, dan telur menjadi sarapan yang mampu berikan tenaga tinggi kepada mereka.
Kali ini ia bukan kebetulan, cuma hidangan untuk menempuh hari yang berat kini menjadi makanan ruji negara.

Kali pertama nasi lemak muncul secara bertulis adalah pada tahun 1909, tulisan pentadbir kolonial British Sir Richard Olaf Winstedt
Dalam memoirnya, The Circumstances of Malay Life, beliau menggambarkan orang Melayu memasak nasi dengan santan dan rempah ratus.
Petikan dari buku itu berbunyi:
"Mereka akan merebus nasi bersama rempah-rempah seperti biji jintan, cengkih, mace, pala, halia dan bawang putih dalam minyak kelapa atau mereka akan merebusnya dalam santan berbanding menggunakan air.
"Orang Melayu maritim menggunakan ikan dan (dengan perahan air limau nipis), belacan, pes udang dan ikan yang dihancurkan."
Secara asasnya, Winstedt secara tidak langsung mendokumentasikan sejarah hidangan ini.

Menjelang 1930-an, nasi lemak sudah menjadi makanan ruji jalanan di Kuala Lumpur, dijual dalam bungkusan daun pisang sekitar pasar Kampung Baru
Lebih menarik lagi, sebuah artikel The Straits Times bertarikh 21 Julai 1935, mengesahkan bahawa ia ada dijual di sana pada masa itu.
Murah, mudah, dan mengenyangkan. Ia dengan pantas menjadi sarapan pagi untuk kanak-kanak sekolah, pekerja pejabat dan hampir semua orang yang sibuk di waktu pagi.
Hari ini, nasi lemak bukan sahaja menjadi sekadar hidangan lagi, ia merupakan simbol.
Pada tahun 2024, ia telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada Malaysia's Intangible Cultural Heritage.
Walaupun hidangan serupa yang dipanggil nasi uduk wujud di Indonesia, nasi lemak kekal berbeza dan sememangnya terikat dengan Malaysia, serta masyarakat Melayu di Singapura dan selatan Thailand.

Jadi, siapa sebenarnya yang cipta nasi lemak ini?
Hakikatnya, tiada siapa yang pasti. Mungkin gadis bernama Seri yang menumpahkan santan ke dalam masakannya. Mungkin petani yang memerlukan tenaga. Boleh jadi juga semua perkara inis, digabungkan menjadi satu garis masa asal usul nasi lemak.
Tetapi itulah keindahannya, nasi lemak tidak pernah dimaksudkan untuk dimiliki oleh seorang sahaja. Ia adalah milik semua orang. Dari mak cik yang jual kat gerai tepi jalan sehinggalh restoran yang menghidangkannya dengan ayam goreng.
Rumusannya, nasi lemak bukanlah sekadar makanan. Ia adalah lambang sebuah keselesaan, budaya dan peringatan bahawa kadangkala perkara yang paling ikonik bermula di dapur yang kecil atau mungkin dengan insiden yang tidak disengajakan.
Nak tahu lagi pasal asal usul nasi lemak? Jom layan video bawah ini:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 