“Siapa Sangka Sains Boleh Jadi Se-syok Ini?” – Tonton Project Hail Mary Di GSC 4DX Memang ‘Next Level’
Grace, Rocky, selamatkan bintang :')
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa penggemar filem seperti Interstellar atau The Martian, anda wajib tonton filem ini
Project Hail Mary membawakan kisah seorang guru sains, Ryland Grace (Ryan Gosling) yang tiba-tiba menyedari dirinya terjaga di atas kapal angkasa tanpa sebarang ingatan tentang siapa dirinya atau bagaimana dia sampai ke angkasa.
Apabila ingatannya perlahan-lahan kembali, dia mula menjalankan misinya untuk menyelesaikan masalah membabitkan bahan misteri yang boleh menyebabkan matahari mati.
Dia perlu menggunakan pengetahuan saintifik dan idea-idea luar biasa untuk menyelamatkan Bumi daripada menghadapi kepupusan dalam masa yang sama terjalinnya sebuah persahabatan yang tidak dijangka membolehkan dia mungkin tidak perlu melakukan misi bersendirian.

Sebuah filem epik dan penuh dengan emosi
Filem ini epik dari segi skop dan idea, menyampaikan kisah yang menakjubkan secara visual dan mendebarkan dengan mesej yang kuat. Filem ini turut memberi tumpuan kepada hubungan antara dua watak yang tidak dapat dijangka, menyaksikan mereka belajar, berhubung dan menjalin ikatan walaupun dari dua dunia yang berbeza.
Penglibatan eleman sains turut mengagumkan dan akan memuaskan mana-mana peminat fiksyen sains. Walaupun premis filem ini mungkin tidak sepenuhnya baharu, ia terasa segar dan asli dalam pelaksanaannya. Visualnya pula sememangnya luar biasa, disebabkan aspek teknikalnya seperti sinematografi, lagu dan kesan visual yang berkualiti.
Skripnya juga turut dibuat dengan baik, dengan cerita dapat disampaikan dengan lengkap dan memuaskan. Walaupun filem ini agak panjang, tetapi tempoh itu membolehkan setiap babak dibina dengan baik.
Pelakon utama, Ryan Gosling memberikan antara persembahan lakonannya yang terbaik untuk filem ini, disokong dengan cemerlang oleh Sandra Hüller dan James Ortiz. Filem arahan Phil Lord dan Christopher Miller ini turut menyerlah disebabkan gabungan sains, humor, emosi dan penyampaian cerita yang unik.

Filem yang paling 'ngam' layan dengan GSC 4DX!
4DX memperluaskan lagi pengalaman sinematik melangkaui skrin gergasi kepada persekitaran fizikal. Di Golden Screen Cinemas (GSC), format imersif ini mengubah filem menjadi sebuah pengalaman yang boleh dirasai pelbagai deria, membolehkan penonton merasa seolah-olah mereka sebahagian daripada filem dan bukannya hanya menonton.
Melalui integrasi lebih 20 kesan istimewa termasuk gerakan, getaran, angin, air, pencahayaan dan aroma, 4DX mewujudkan persekitaran yang sepenuhnya selari dengan babak yang terpapar. Setiap kesan diprogramkan dengan tepat untuk diselaraskan dengan momen di skrin, memastikan pengalaman yang lancar dan realistik!


Tempat duduk yang bergerak adalah elemen penting kepada pengalaman ini, menawarkan pelbagai kawalan pergerakan dan kelajuan. Daripada anjakan halus kepada gerakan dinamik, tempat duduk bertindak balas dengan tepat terhadap rentak filem, manakala getaran terperinci menambah pengalaman sebenar terhadap momen-momen penting.
Dengan menggabungkan teknologi tempat duduk canggih dengan kesan persekitaran, 4DX memberikan format sinematik yang sangat imersif di mana setiap saat di dalam filem dapat dihidupkan. Inovasi ini boleh memberikan penonton pengalaman filem yang benar-benar menarik dan tidak dapat dilupakan.
Berikut adalah lokasi tersedianya GSC 4DX:
- GSC 1 Utama
- GSC IOI Mall
- GSC Lalaport BBCC
- GSC Mid Valley Southkey JB
- GSC Paradigm JB


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 