Siapa Sangka Ejen Ali Sebenarnya Terkenal Di US & Kanada, Siap Ada Komuniti Di Reddit!

Ini betul-betul mendonia!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Ejen Ali (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka animasi tempatan, Ejen Ali turut mempunyai peiminat dari luar kawasan Asia Tenggara dan benua Asia

Menerusi sebuah perkongsian di Reddit, didapati bahawa peminat Ejen Ali dari luar negara bukan sahaja dalam kalangan individu di Asia Tenggara dan Asia sahaja, malah terdapat juga peminat dari Benua Amerika dan Eropah!

Dalam perkongsian itu, seorang peminat animasi tersebut yang berasal dari Filipina bertanyakan dari manakah peminat Ejen Ali yang bukan warga Malaysia berasal.

"Saya melihat ramai peminat Ejen Ali bukan warga Malaysia ada di Reddit, termasuk saya sendiri dan saya ingin tahu dari mana anda semua berasal. Saya akan mulakan, saya dari Filipina," tulisnya memulakan perbincangan itu.

Image via Reddit

Mendapat respon daripada peminat yang berasal dari Amerika Syarikat, India, Kanada, Ireland dan Australia

Melihat di bahagian komen, muncul beberapa komen yang mengatakan mereka dari negara-negara luar Asia Tenggara mendapat perhatian pengguna Reddit lain.

Rata-rata pengguna Reddit yang lain berasa teruja melihat Ejen Ali turut mempunyai peminat-peminat dari negara-negara bekenaan.

Lihat komen-komen tersebut di bawah:

Image via Reddit

Image via Reddit

Image via Reddit

Image via Reddit

Image via Reddit

Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) telah mencatat kutipan melebihi RM34.2 juta dalam tempoh 11 hari, memecahkan rekod kutipan filem pertama

Pencapaian ini turut menjadikan EATM2 filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi dalam masa yang paling singkat!

EATM2 juga berjaya mengatasi kutipan beberapa filem antarabangsa yang ditayangkan pada bulan Mei 2025 seperti Thunderbolts, Mission: Impossible, dan Lilo & Stitch, sekaligus membuktikan kehebatan karya tempatan yang menerima saingan sengit di layar perak.

Setakat ini, lebih 2 juta penonton telah hadir untuk menyaksikan EATM2 di pawagam dan angka ini dijangka bertambah memandangkan musim cuti sekolah telah bermula sejak 29 Mei lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: