Siapa Bangun Kena Bayar, Geng Lelaki Challenge Makan Dalam Hujan Ini Jadi Perhatian Ramai
Dah berkuah nasi goreng tu bang!
Cover image via @bdkhumblejer (TikTok)Kedai mamak dan kedai tomyam sememangnya adalah port lepak paling seronok kalau nak berkumpul dengan kawan-kawan
Sebenarnya, kita bukan nak makan sangat pun. Kita lebih kepada nak borak dan bergosip je, tambahan lagi kalau dah lama tak jumpa kawan-kawan. Betul tak?
Lepak dekat luar kedai lagi best sebab lebih terbuka dan kita pun bebas sikit nak bergelak ketawa ramai-ramai.
Namun, kalau tengah makan tiba-tiba hujan lebat memang spoiled lah kan? Seperti sebuah video yang tular ini apabila sekumpulan lelaki makan masa tengah hujan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hujan turun masa tengah makan ramai-ramai, boleh pula buat chellenge siapa bangun dulu kena bayar
Menerusi video yang dimuat naik oleh @bdkhumblejer, kelihatan geng lelaki itu sedang makan di sebuah kedai tomyam di tepi jalan.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila hujan tiba-tiba turun ketika mereka sedang menikmati makanan beramai-ramai.
Lebih mencuri tumpuan, mereka semua dilihat tidak berganjak daripada meja makan tersebut kerana membuat challenge siapa yang bangun dulu, dia kena bayar untuk semua orang. Maka, masing-masing selamba menghabiskan makanan dalam keadaan basah lencun.
Image via @bdkhumblejer (TikTok)
"Hahahaha ini lawak. Yang penting perut kenyang, hujan kan air" – Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 758.1K tontonan, 67.9K tanda suka serta 1.6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka dan ingin tahu akhirnya siapa yang bayar kesemua makanan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @bdkhumblejer (TikTok)
Image via @bdkhumblejer (TikTok)
Image via @bdkhumblejer (TikTok)
Image via @bdkhumblejer (TikTok)
Image via @bdkhumblejer (TikTok)
Image via @bdkhumblejer (TikTok)
Image via @bdkhumblejer (TikTok)
Image via @bdkhumblejer (TikTok)
Apa rasa nasi goreng campur dengan air hujan ya? Adoi, perangai ya masing-masing 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


