Shila Amzah Dikatakan Jadi Artis Paling Mahal Dibayar Dalam Dolar Di China, Wow!

Alhamdulillah, rezeki Shila!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi, Shila Amzah memilih untuk berdiam diri selain enggan menafikan mahupun mengiyakan dakwaan dirinya menjadi antara artis termahal dan menerima bayaran dalam mata wang dolar di China

Menurut laporan Kosmo!, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, yakin setiap rezeki tidak datang tanpa usaha.

"Saya hanya mampu ucap alhamdulillah, semua ini adalah rezeki. Saya percaya usaha tidak akan mengkhianati hasil. Soal bayaran mahal atau tidak, terpulang kepada mereka yang menilai.

"Saya tahu nilai diri saya. Itu hak masing-masing. Kalau di Malaysia, saya terima bayaran dalam ringgit. Kalau di luar negara, ikutlah mata wang negara berkenaan," katanya.

Hargai sokongan peminat dari dalam dan luar negara yang membuat dirinya untuk terus semangat berkarya

Malah, Shila juga enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan bakatnya lebih dihargai di luar negara berbanding tanah air sendiri.

"Saya tak ambil serius pun isu itu. Bila saya baca komen dalam media sosial, ramai yang tetap hargai saya, baik di Malaysia mahupun luar negara.

"Saya juga terharu bila orang ramai kongsi semula video persembahan saya di luar negara. Itu yang buat saya rasa semangat dan dihargai.

"Tak penting saya lebih dihargai di mana. Yang penting, mereka nampak bakat saya dan semua kerja keras saya," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: