Sharnaaz Dedah Jenis ‘Martial Art’ Dibawa Watak Ghaz Dalam Filem Blood Brothers: Bara Naga

Sharnaaz Ahmad memegang watak Ghaz sebagai ketua dalam sebuah organisasi pengawal peribadi elit.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Blood Brothers & SAYS
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memegang salah satu watak utama dalam filem Blood Brothers: Bara Naga, Sharnaaz Ahmad kongsi seni bela diri yang digunakan dalam filem tersebut

Memegang watak Ghaz, Sharnaaz berkata dirinya sudah terbiasa dengan pelbagai seni bela diri tetapi bagi filem ini seni bela diri yang digunakan lebih tertumpu kepada taktikal.

"Setiap kali kita designkan satu-satu fight untuk karakter tu kita akan gunakan reference, ada setengah pakai silat, ada setengah pakai combat martial arts, ada yang pakai taktikal.

"Untuk Ghaz, dia punya fighting banyak taktikal, kalau you perasan, kebanyakan Ghaz punya way of fighting dia banyak mematikan, dia banyak macam rampas pistol, sebab dia punya kelebihan adalah taktikal," katanya kepada SAYS.

Image via Blood Brothers

Gaya berlawan adalah mengikut hierarki kedudukan dalam organisasi mafia

Tambahnya, gaya berlawan yang digunakan Syafiq Kyle yang memegang watak Ariff turut berbeza dengan apa digunakannya dalam filem terbabit.

Menurutnya, karakter-karakter dalam filem berkenaan memegang watak yang berkedudukan dalam hierarki mafia seperti lieutenants, caporegimes, first-army, soldiers, dan brothers-in-arms.

"Macam Ariff, dia punya kelebihan adalah combat, jadi Ariff lebih kepada attacking sebab gaya berlawan itu adalah mengikut tanggungjawab mengikut kedudukan.

"Kalau kita faham dalam filem mafia ni dia ada lieutenants, caporegimes, first-army, soldiers, brothers-in-arms so dia tahu position dia.

"Macam saya punya position, fighting saya sepatutnya tak banyak dah sebab dia dah level tinggi, macam don, Datuk Zul dia dah tak lawan dah, saya punya level bawah dia," ujarnya.

Lihat klip temubual bersama Sharnaaz di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: