Setelah Hampir 15 Tahun Dimainkan, Game Lejen ‘Subway Surfers’ Perkenal Versi Baharu

Siapa je tak pernah main game ni?

Enlarge text
Cover ImageCover image via SYBO
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Permainan mobile popular Subway Surfers, mengumumkan akan melancarkan sekuelnya, Subway Surfers City pada 26 Februari akan datang

Versi baharu permainan ini hadir dengan wajah dan naik taraf baharu melibatkan visual yang lebih menarik, mod dan gameplay mechanics baharu serta latar belakang yang lebih meluas berbanding permainan asal yang dikeluarkan pada 2012.

Menerusi laporan Variety, studio yang menghasilkan permainan yang sama seperti sebelumnya, SYBO, memaklumkan Subway Surfers City akan membawa pemain masuk ke dalam alam animasi, Subway City.

Metropolis fiksyen ini akan menampilkan empat daerah berbeza untuk pemain unlock dan menggunakan map tersebut. kawasan-kawasan tersebut ialah The Docks, Southline, Sunrise Blvd dan Delorean Park.

Menurut SYBO, Subway Surfers City akan memperkenalkan kandungan baharu mengikut musim, antaranya kawasan kejiranan tambahan di bandar, watak, pakaian dan papan luncur baharu.

Subway Surfers City juga akan merangkumi ciri permainan baharu, termasuk speed pads untuk meningkatkan kepantasan, stomp move untuk mendedahkan kelebihan tersembunyi dan bouncy shield untuk meningkatkan kebolehan melompat.

Pemain akan diperkenalkan dengan tiga mod permainan yang berbeza

Permainan ini akan memberi pemain pilihan untuk bermain dalam tiga mod berbeza. Yang pertama ialah Classic Endless (mod seperti permainan asal yang popular di mana pemain akan cuba mendapatkan skor tinggi di samping dapat menemui laluan baharu).

Yang kedua pula ialah City Tour (mod terbaharu di mana pemain akan bermain dalam konsep level, meneroka daerah untuk mencari bintang tersembunyi dan menyelesaikan misi).

Mod ketiga pula ialah Events (mod finite run yang boleh disertai pemain dan direka untuk memberi cabaran kepada pemain).

SAYS.com
Image via Techeblog

Akan tersedia untuk dimuat turun secara percuma

Subway Surfers City akan tersedia untuk dimuat turun secara percuma di platform iOS, Android dan Google Play. Pra-pendaftaran untuk permainan ini juga telah tersedia.

"Secara dasarnya, permainan ini merupakan bab seterusnya dalam legasi Subway Surfers yang hampir mencecah 15 tahun. Subway Surfers terus mengalami kejayaan yang luar biasa tahun demi tahun, dan kami teruja untuk menyediakan pemain dengan cara yang serba baharu untuk berinteraksi dengan IP," kata Ketua Pegawai Eksekutif SYBO, Mathias Gredal Nørvig.

"Subway Surfers City dilengkapi dengan watak-watak kegemaran peminat yang dibayangkan semula, sambil pada masa yang sama memperkenalkan kandungan dan mekanik yang belum pernah dilihat sebelum ini.

"Ia merupakan keseimbangan antara permainan klasik yang diketahui dan disukai oleh peminat, dengan semangat baharu yang menghidupkan permainan ini," tambahnya.

Sehingga tahun 2025, Subway Surfers telah mengumpul lebih 4.5 bilion muat turun dan lebih 30 juta pengikut aktif merentasi pelbagai platform media sosial dalam tempoh hampir 15 tahun sejak ia dilancarkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: