Sertai Karnival Raya Penuh Warna-Warni Untuk Si Kecil & Famili Di Gamuda Cove 19 April Ini
Istimewa sempena Aidilfitri, Gamuda Cove menganjurkan karnival penuh meriah dengan pelbagai aktiviti buat seisi keluarga!
Cover image via Gamuda CoveFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ditaja oleh Gamuda Cove.
Selain ziarah-menziarahi, musim raya ini sebenarnya adalah waktu terbaik untuk diluangkan bersama keluarga kecil anda sendiri. Tak tahu nak ke mana untuk luangkan masa bersama tersayang?
Bawa je mereka ke Gamuda Cove! Istimewa sempena Aidilfitri, Gamuda Cove menganjurkan karnival penuh meriah dengan pelbagai aktiviti buat seisi keluarga!
Warna Raya, Riang Bersama – Karnival Untuk Semua!
Gamuda Cove akan jadi lokasi wajib singgah pada 19 April nanti sebab ada karnival Warna Raya, Riang Bersama!
Image via Gamuda Cove
Stesen Permainan Tradisional & Bengkel Raya Untuk Si Kecil
Belajar buat wau – Bukan selalu boleh belajar buat wau sendiri, peluang ini akan jadi antara yang berharga buat anak-anak.
Mencanting batik – Masa untuk serlahkan kreativiti si kecil dengan mencanting batik sendiri, boleh bawa pulang sebagai kenangan!
Batu seremban & congkak – Mak ayah pun boleh throwback zaman kanak-kanak sambil main bersama anak-anak!
Sepak bulu ayam – Permainan tradisional yang dah tak ramai main, dekat Gamuda Cove nanti anda boleh try!
Image via Gamuda Cove
Paling best, siapa yang berjaya lengkapkan cabaran di stesen-stesen permainan ini akan dapat hadiah istimewa! Haa, makin bersemangatlah si kecil nak cuba semua aktiviti!
Best kan? Inilah masa terbaik untuk Gen Z dan Gen Alpha belajar tentang permainan dan seni tradisional! Daripada asyik dengan game online, apa kata kali ini kita perkenalkan mereka dengan permainan tradisional yang seronok dan penuh nilai budaya!
Silap mata raya & mesin claw duit raya!
Image via Gamuda Cove
Tak cukup dengan aktiviti menarik, ada juga pertunjukan silap mata bertemakan raya yang bakal menghiburkan anda serta keluarga.
Lagi satu yang tak boleh dilepaskan, mesin claw duit raya! Yes! siapa yang bertuah boleh menang duit raya!
Makan, makan & makan lagi! – Ada Aiskrim Percuma!
Image via Gamuda Cove
Istimewa bagi meraikan semangat Aidilfitri, Nestlé sediakan ais krim PERCUMA! Fuh, nikmatnya makan ais krim sambil layan suasana raya!
Lepas puas main dan berseronok, mesti perut lapar kan? Jangan risau, ada pelbagai food truck yang menjual makanan sedap-sedap!
Image via Gamuda Cove
Anda tengah cari property baru untuk dimilki? Haa.. Apa kata jom realisasikan impian anda sekarang dengan Gamuda!
Istimewa buat pembeli bertuah, anda kini berpeluang untuk menyertai Golden Fortune Giveaway (cabutan bertuah) yang menawarkan hadiah lumayan seperti jongkong emas, MacBook, iPad, iPhone Pro Max, Dyson dan banyak lagi dengan jumlah keseluruhan sehingga RM100,000! (tertakluk kepada terma dan syarat).
Langkah penyertaan:
- Tanda tangan SPA sebelum 31 Mei 2025
- Cabutan boleh dibuat pada hari tanda tangan tersebut
- Pengumuman pemenang bakal dibuat bermula 1 Jun 2025
Jom serbu Gamuda Cove!
Karnival Warna Raya, Riang Bersama ini terbuka untuk semua, jadi ajak je terus semua ahli keluarga dan teman-teman sekali! Karnival tersebut bakal berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 4 petang.
Save the date dan jumpa di sana okay! Untuk info lanjut, anda boleh klik di SINI.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

