Seremban, Kuantan & Alor Gajah Antara 10 Daerah Menua Baharu Di Malaysia Dikesan

Tempat korang ada yang termasuk tak?

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP & BNA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sepuluh daerah muncul sebagai daerah menua baharu di mana penduduknya berumur 65 tahun dan lebih mencapai tujuh peratus pada 2025

Menurut statistik Anggaran Penduduk Semasa, Daerah Pentadbiran 2025 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 10 daerah berkenaan ialah Seremban (Negeri Sembilan), Jerantut dan Kuantan (Pahang), Kluang dan Pontian (Johor), Alor Gajah (Melaka), Bachok (Kelantan), Seberang Perai Selatan (Penang), Subis (Sarawak), Keningau (Sabah).

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata daerah Petaling, Selangor mencatatkan bilangan penduduk tertinggi pada 2025 dengan 2.4 juta, diikuti Johor Bahru, Johor (1.8 juta) dan Ulu Langat, Selangor (1.5 juta).

"Kecil Lojing, Kelantan mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi dengan 3.6 peratus, diikuti Marang, Terengganu (1.6 peratus) dan Kemaman, Terengganu (1.4 peratus). Bukit Mabong, Sarawak merekodkan jumlah penduduk terendah dengan 10,700 orang diikuti Song, Sarawak (10,400) dan Tanjung Manis, Sarawak (7,900).

"Tiga daerah di Kelantan mencatatkan peratusan penduduk muda berumur 0 hingga 14 tahun tertinggi pada 2025 iaitu Gua Musang (32.4 peratus), Kecil Lojing (31.9 peratus) dan Tumpat (31.6 peratus)," katanya.

Bagi kumpulan umur bekerja (15-64 tahun), Sebauh, Sarawak mendahului peratusan dengan 80 peratus, diikuti Belaga, Sarawak (78.8 peratus) dan Kinabatangan, Sabah (78.4 peratus). Lubok Antu, Sarawak pula merekodkan peratusan penduduk umur tua tertinggi iaitu 65 tahun dan lebih dengan 15.7 peratus.

SAYS.com

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Image via FacebookImage via

Terdapat beberapa cara untuk mengkategorikan tahap penuaan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menetapkan tiga kategori penuaan, iaitu masyarakat menua, masyarakat tua dan masyarakat sangat tua dengan masing-masing merujuk kepada penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencecah tujuh peratus, 14 peratus dan 20 peratus.

Sementara itu, penuaan berdasarkan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) pula apabila penduduk berumur 60 tahun dan lebih mencecah 15 peratus daripada jumlah penduduk.

Mohd Uzir berkata Setiu, Terengganu merekodkan komposisi bumiputera tertinggi dengan 99.8 peratus diikuti Nabawan, Sabah (99.6 peratus) dan Hulu Terengganu, Terengganu (99.4 peratus).

Komposisi kaum Cina tertinggi direkodkan di daerah Timur Laut, Pulau Pinang dengan 63.5 peratus diikuti Sibu, Sarawak (48.0 peratus) dan Kampar, Perak (47.7 peratus).

Bagi kaum India pula, komposisi tertinggi dicatatkan di Bagan Datuk, Perak iaitu 23.1 peratus, diikuti Klang, Selangor (18.6 peratus) dan Port Dickson, Negeri Sembilan (18.2 peratus).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: