Sengaja Berlanggar Wanita Di Bazar Ramadan, Individu Buat Laporan Terhadap Pak Cik Ini
Kesian dekat mangsa yang kena.
Cover image via @zackrazbundle (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bazar Ramadan menjadikan tempat kegemaran orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa mereka
Apatah lagi, bagi mereka yang bujang atau yang tidak sempat memasak. Membeli di bazar Ramadan sahaja lebih memudahkan.
Namun, di kala asyik membeli di bazar, kita juga perlu berhati-hati dengan persekitaran sekeliling kita.
Baru-baru ini, tular video memaparkan seorang pak cik yang sengaja melanggar wanita-wanita di bazar Ramadan sehingga mencetus kemarahan ramai.
Sengaja langgar wanita-wanita ketika berjalan di bazar
Menerusi video di akaun TikTok @zackrazbundle, kelihatan seorang lelaki berkongsi situasi ketika dia sedang berada di sebuah bazar Ramadan di Temerloh, Kuantan, Pahang.
Namun, dia menyedari kejadian 'pelik' selepas melihat seorang lelaki yang sengaja melanggar pengunjung wanita ketika sedang berjalan di situ.
Bukan itu sahaja, ada juga mangsa yang mendakwa lelaki tersebut sengaja melanggar sehingga terkena ke arah punggungnya. Ia secara tidak langsung telah dianggap sebagai gangguan seksual.
Di dalam video berkenaan, dapat dilihat juga salah seorang mangsa telah pergi ke arah lelaki tersebut dan menegur perbuatannya itu.
Individu buat laporan polis mengenai pak cik tersebut
Dalam pada itu, lelaki berkenaan kini sudah ditangkap pihak polis selepas menerima laporan daripada mangsa dan saksi yang berada di tempat kejadian.
Difahamkan, laporan dibuat selepas dia mengulangi perbuatannya itu dengan sengaja secara beberapa hari berturut-turut.
"Tindakan dah buat, pak cik tu pun dah kena tangkap. Alhamdulillah terima kasih kepada sokongan semua orang yang mana pernah kena dan jadi saksi.
"Kalau ada lagi benda macam ini tolong jangan senyap. Benda ini menganggu ketenteraman awam," ujar pemilik video.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

