8 ‘Cat Cafe’ Paling Unik Di Malaysia Yang Pasti Digilai Pencinta Kucing. Meow!
Bukan sekadar kucing comel saja.
Cover image via Purradise Cat Cafe TTDI/Facebook1. Coffee Cottage, Petaling Jaya, Selangor
**Coffee Cottage** yang sudah beroperasi selama 2 tahun lebih ini mempunyai kelainan dan keunikan tersendiri. Baik dari sudut rekaan dalaman sehingga makanan serta minuman yang disediakan. Kafe ini juga menyediakan minuman kopi yang segar dan pelbagai hidangan istimewa termasuklah kek yang dijual dengan harga istimewa pada setiap hari Rabu. Selain makanan yang menarik, tentunya kafe ini juga menyediakan pelbagai jenis kucing yang gebu, comel dan membuatkan anda berasa geram apabila melihatnya. Paling *best*, buat bakal pengantin anda juga berpeluang untuk melakukan penggambaran *pre-wedding* di dalam kafe ini jika berkeinginan.
Alamat: **1-1, Jalan SS15/8A, Petaling Jaya, Malaysia**
Layari Facebook **[Coffee Cottage](https://www.facebook.com/coffeecottagemy/timeline)** untuk maklumat lanjut.
Image via Coffee Cottage/Facebook
Image via Coffee Cottage/Facebook
Image via Coffee Cottage/Facebook
Image via Coffee Cottage/Facebook
2. Purradise Cat Cafe, TTDI, Kuala Lumpur
**Purradise Cat Cafe, TTDI** membawa konsep taman fantasi buat pengunjung yang datang. Hiasan dinding dan dekorasi kafe ini amat indah dan damai sekali. Suasana fantasi tersebut akan lebih dirasai saat anda bermanja dan bermain dengan kucing-kucing yang ada di sana. Kafe yang diusahakan sepasang kekasih ini juga boleh diibaratkan seperti **"Syurga Kucing"**.
Alamat: **No. 24A (First Floor), Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur, Malaysia**
Layari Facebook **[Purradise Cat Cafe](https://www.facebook.com/mypurradise/)** untuk maklumat lanjut.
Image via Purradise Cat Cafe TTDI/Facebook
Image via Purradise Cat Cafe TTDI/Facebook
Image via Purradise Cat Cafe TTDI/Facebook
Image via Purradise Cat Cafe TTDI/Facebook
3. Panda Pet House, Shah Alam, Selangor
Shah Alam memang sudah terkenal dengan kafe-kafe moden yang ada di sana. Namun tahukah anda, di Shah Alam juga terdapat sebuah *cat cafe* yang patut anda kunjungi! Konsep yang digunakan adalah konsep *colourful* yang mana amat sesuai untuk kanak-kanak. Ruang dinding kafe ini dipenuhi dengan lukisan tangan yang cantik dan berwarna-warni. Buat ibu bapa, kafe ini mungkin pilihan anda untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Kafe ini bukan sahaja menyediakan kucing untuk menjadi 'teman' anda di sana nanti, malah turut menyediakan pelbagai jenis binatang comel yang lain termasuklah arnab.
Alamat: **Blok 2 Wisma Alifya Alam Alami Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Malaysia**
Layari Facebook **[Panda Pet House](https://www.facebook.com/PandaPetHouse/)** untuk maklumat lanjut.
Image via Panda Pet House/Facebook
Image via Instagram @pandapethousecafe
Image via Instagram @pandapethousecafe
Image via Instagram @pandapethousecafe
4. Malaysia CAT CAFE, Port Dickson
**Malaysia CAT CAFE** dibuka sekitar tahun 2015. Menariknya di kafe ini, gambar-gambar kucing yang comel digantung pada dinding buat santapan mata para pengunjung yang sedang menikmati hidangan di sini. Selain dibenarkan untuk bergambar dan bermain dengan kucing-kucing yang ada, para pengunjung juga berpeluang untuk mengambil kucing di sini sebagai *adopted cat*. Sekiranya anda berniat untuk bercuti di Port Dickson, apa kata selitkan sekali Malaysia CAT CAFE di dalam *itinerary* anda nanti.
Alamat: **No.37 jln 2/1 Bdr Dataran Segar, Lukut 71010, Port Dickson, Negeri Sembilan**
Layari Facebook **[Malaysia CAT CAFE](https://www.facebook.com/malaysiacatcafe)** untuk maklumat lanjut.
Image via Malaysia CAT CAFE/Facebook
Image via Malaysia CAT CAFE/Facebook
Image via Malaysia CAT CAFE/Facebook
Image via Malaysia CAT CAFE/Facebook
5. Purrfect Cat Cafe, Pulau Pinang
Bagi orang-orang Pulau Pinang dan utara pula, anda boleh berkunjung ke **Purrfect Cat Cafe**. Anda bukan saja dapat bermain dengan kucing-kucing yang ada di sini, malah di sini juga terdapat pelbagai jenis cenderahati yang boleh anda bawa pulang nanti. Namun, terdapat beberapa *rules* yang perlu anda ikuti untuk memastikan keselesaan anda dan keselamatan kucing-kucing yang ada. Ruang kafe ini juga sangat minimalis dan sesuai untuk anda serta keluarga berkunjung pada hujung minggu. Menariknya, gelas yang dihidangkan untuk anda pun berbentuk kepala kucing!
Alamat: **53, Jalan Muntri, George Town, Pulau Pinang, Malaysia**
Layari Facebook [Penang CAT CAFE](https://www.facebook.com/penangcatcafe/timeline) untuk maklumat lanjut.
Image via Instagram @blackramen
Image via Penang CAT CAFE/Facebook
Image via Instagram @beebugs
Image via Instagram @oneclickwonders
6. CATS Cafe, Johor Bahru
Kami yakin orang Johor pasti sudah kenali **CATS Cafe** di Johor Bahru ini. Ini kerana kafe ini adalah kafe kucing pertama yang dibuka di negeri itu. Dari awal pembukaannya sehingga kini, ia dikatakan sentiasa penuh dengan pencinta kucing. Konsep dan dekorasi kafe ini juga agak berlainan kerana ia memaparkan konsep alam semulajadi. Terdapat beberapa dekorasi seperti tiang yang dijadikan sebagai batang pokok dan jambatan kecil di atas pokok tersebut. Kedengaran menarik bukan?
Alamat: **31A Jalan Abdul Samad Lorong 2C, Johor Bahru**
Layari [CATS Cafe JB – Cats At Their Sanctuary](https://www.facebook.com/catscafejb/timeline) untuk maklumat lanjut.
7. Whims Cat Cafe, Kuantan, Pahang
**Whims Cat Cafe** atau juga dikenali sebagai **WHIMS Cattery** merupakan *Cat Café & Hotel* yang pertama dibuka di Kuantan. Konsep yang diketengahkan oleh kafe ini pula adalah konsep ala ***hipster***. Selain mempunyai kucing-kucing yang comel dan manja, kafe ini juga menyediakan pelbagai jenis makanan yang sangat enak. Antara yang popular di sini adalah hidangan *desserts* dan *floats* yang lain dari yang lain. Selain itu, kafe ini juga menyediakan bahan bacaan dan juga pelbagai jenis *board games*. Memang *best!*
Alamat: **Lot B60 Lorong Indera Mahkota 15/18 25200 Kuantan, Pahang**
Layari Facebook **[Whims Ktn](https://www.facebook.com/whimskuantan/timeline)** untuk maklumat lanjut.
Image via Whims Ktn/Facebook
Image via Whims Ktn/Facebook
Image via Whims Ktn/Facebook
Image via Whims Ktn/Facebook
8. Meow Meow Cafe, Kuching, Sarawak
Buat orang-orang Sarawak pula, anda boleh berkunujung ke **Meow Meow Cafe** untuk merasai pengalaman bermain bersama kucing ketika menjamu selera. Kafe ini juga merupakan kafe kucing pertama di Sarawak. Ruang makan dan santai bersama kucing di sini diasingkan bagi memastikan tahap kebersihan kafe tersebut. Ruang khas yang dibuat untuk bermain dengan kucing tersebut juga sangat cantik dan kemas. Selain itu, pelbagai jenis baka kucing yang disediakan di sini. Semuanya comel-comel belaka.
Alamat: **Lot 2641, Ground Floor, Jalan Green, 93400, Kuching, Sarawak**
Layari Facebook **[Meow Meow Cafe](https://www.facebook.com/pages/Meow-Meow-Cafe/284003691808501)** untuk maklumat lanjut.
Image via Instagram @kikikikot
Image via www.lindysim.com
Image via www.lindysim.com
Image via www.lindysim.com


