Semua Penumpang Dalam Kereta Bakal Diwajibkan Pakai Tali Pinggang Keledar

Difahamkan, individu yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM300.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Fix Auto & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal menguatkuasakan pemakaian tali pinggang keledar untuk semua pengguna dan penumpang kenderaan persendirian di seluruh negara

Menerusi laporan Bernama, Ketua Pengarah, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata keutamaan JPJ ketika ini ialah melaksanakan advokasi pemakaian tali pinggang keledar antaranya melalui kempen "Klik Sebelum Gerak".

Menurutnya, kempen 'Klik Sebelum Gerak' dilancarkan sebagai usaha memperkukuh budaya keselamatan jalan raya dan menekankan kepentingan pemakaian tali pinggang keledar dalam kalangan pengguna kenderaan iaitu pemandu dan penumpang.

"Selaras dengan kempen ini juga, kita akan maklumkan kemudian penguatkuasaan untuk pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang-penumpang kereta persendirian selepas ini.

"Kita akan maklumkan nanti, sekarang ini kita mulakan dengan kempen terlebih dahulu kempen 'Klik Sebelum Gerak' dan kemudian kita akan maklumkan bilakah tarikh yang kita akan tentukan untuk penguatkuasaan bagi penumpang-penumpang kereta," katanya.

SAYS.com

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli.

Image via FacebookImage via

Penguatkuasaan telah dilaksanakan bagi pemandu dan penumpang bas

Aedy Fadly berkata, setakat ini penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar telah dilaksana kepada pemandu dan penumpang bas ekspres dan bas persiaran bermula 1 Julai lalu.

"Kita sudah mulakan dengan langkah penguatkuasaan (tali pinggang keledar), kita saman penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar," katanya.

Penguatkuasaan ini terpakai untuk bas yang dibina selepas Januari 2020 manakala bas yang dibina sebelum itu diberi masa untuk membuat pemasangan tali keledar.

Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), pemakaian tali pinggang keledar berupaya mengurangkan risiko kematian penumpang kenderaan hingga 50 peratus sekiranya berlaku kemalangan.

Individu yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM300 berdasarkan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-Kanak) 1978 (pindaan 2019).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: