Semua Masjid & Surau Diminta Adakan Solat Hajat Hari Ini Untuk Misi Global Sumud Flotilla

Difahamkan, sebanyak 24 kapal flotila dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol telah berlepas ke Gaza pada Ahad.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan untuk solat hajat hari ini

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, solat hajat itu bertujuan mendoakan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sentiasa dipelihara oleh Allah, diberikan kesejahteraan serta dipermudah segala urusan.

"Seperti yang sedia maklum, beberapa organisasi dalam negara menyertai misi kemanusiaan ini bermula 31 Ogos lalu.

"(Justeru), Saya menggesa rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan misi Global Sumud Flotilla, sebuah misi kemanusiaan yang memberikan sokongan kepada Palestin diberikan kemudahan dan keselamatan.

"Sesungguhnya, apa jua inisiatif dan ikhtiar bermatlamat meringankan kesengsaraan umat Palestin pada masa kini mesti diberi dukungan oleh semua pihak, khususnya umat Islam," katanya.

SAYS.com
Image via Facebook

Akan dilakukan selepas solat Zuhur hari ini

Menerusi sebuah hantaran JAKIM di Facebook, solat sunat hajat tersebut akan dilaksanakan selepas solat Zuhur.

Jakim turut memaklumkan tiga masjid utama bawah seliaan JAKIM akan laksanakannya bagi memberi ruang orang ramai bersama-sama menyertai.

"Sukacita dimaklumkan bahawa Tiga Masjid Utama dibawah selian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan melaksanakan Solat Sunat Hajat bagi mendoakan keselamatan dan kejayaan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

"Mari kita bersama-sama menadah tangan memohon kekuatan, keselamatan dan kejayaan buat para sukarelawan yang berjuang demi kemanusiaan,"
tulisnya.

SAYS.com
Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: