Semua Cawangan 99 Speedmart Bakal Beroperasi Jam 9 Pagi Bermula 1 Julai Ini
Sebelum ini, waktu operasi semasa rangkaian pasar mini tersebut bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rangkaian pasar mini terbesar di Malaysia, 99 Speedmart akan mengubah waktu mula operasinya dari jam 10 pagi kepada jam 9 pagi bermula Julai ini
Menerusi laporan Berita Harian, langkah itu telah diambil selepas diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 99 Holdings membawa matlamat meningkatkan kemudahan pelanggan dan diseragamkan dengan corak pembelian pengguna.
Dalam AGM itu, penyata kewangan yang diaudit untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2024, bersama-sama dengan Laporan Pengarah dan Juruaudit telah dibentangkan dan diterima dengan sewajarnya oleh pemegang saham.
Semua pengarah sedia ada yang bertanding untuk pemilihan semula telah dilantik semula, dan Messrs. Crowe Malaysia PLT dilantik semula sebagai juruaudit luar syarikat untuk tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2025.
99 Holdings mengumumkan bahawa semua resolusi yang dibentangkan pada AGM kedua telah diluluskan oleh pemegang saham. Semua resolusi lain yang disenaraikan dalam Notis AGM bertarikh 25 April 2025 juga telah diluluskan.
Inisiatif yang membawa tujuan meningkatkan servis di samping mengukuhkan kedudukan dalam industri peruncitan
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah berkata kelulusan semua resolusi terbabit merupakan pengesahan bermakna terhadap strategi dan visi jangka panjang syarikat.
"Kami amat berterima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan daripada pemegang saham, terutamanya kerana ini merupakan AGM pertama kami sejak kejayaan penyenaraian pada 2024.
"Kelulusan semua resolusi merupakan pengesahan bermakna terhadap strategi dan visi jangka panjang kami," katanya
Tambahnya, penyelarasan waktu operasi semua premis di seluruh negara mulai 1 Julai 2025 yang bermula pada jam 9 pagi adalah tanda mereka kekal setia pada komitmen syarikat untuk memberikan kemudahan dan nilai kepada pelanggan,
"Inisiatif ini mencerminkan dedikasi kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan sambil mengukuhkan kedudukan kepimpinan dalam bidang pasar mini runcit.
"Melangkah ke hadapan, kami akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan kehadiran di seluruh negara, memperkasakan rangkaian pengedaran, dan memacu penciptaan nilai mampan untuk semua pihak berkepentingan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 