“Seller Mercun Is Shaking” – Pemuda Tunjuk Cara Jimat Duit, Buat Mercun DIY Siap Bunyi
Hahaha, sekali dengar ingat mercun betul tadi.
Cover image via @fariztoziraf (TikTok)Sudah menjadi kebiasaan apabila menjelang hari raya, ramai yang membeli stok mercun untuk bermain bersama keluarga dan rakan-rakan
Antara mercun yang popular di Malaysia adalah mercun gasing, lidi, mancis, papan, thunderclap dan macam-macam lagi.
Tetapi, harga mercun sekarang pun boleh tahan juga. Ada yang sampai buat mercun sendiri sebab tak mampu beli mercun mahal-mahal.
Namun, lain pula yang jadi dalam video ini apabila seorang pemuda mencipta 'mercun' versinya sendiri telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Buat wisel sendiri dan tepuk selipar dekat lantai, bunyi sebiji macam mercun
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fariztoziraf, kelihatan pemuda itu sedang berada di kaki lima sebuah bangunan bersama beberapa orang rakannya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia tiba-tiba berhenti dan bertindak membunyikan wisel daripada mulutnya dengan menggunakan plastik, kemudian menepuk seliparnya ke lantai.
Rupa-rupanya, dia cuba membuat bunyi mercun sendiri dan berkata "jimat duit" di kapsyen video tersebut.
Image via @fariztoziraf (TikTok)
Image via @fariztoziraf (TikTok)
"Zach King dah tak boleh cari makan lepas ni. Benda macam ni pun aku terhibur hahaha" – Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 223.1K views, 25.6K likes dan 4.2K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat pemuda itu yang sangat random.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @fariztoziraf (TikTok)
Image via @fariztoziraf (TikTok)
Image via @fariztoziraf (TikTok)
Bosan sangat ke bang sampai buat mercun DIY? Haha 😀
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


