Selepas 10 Tahun, 5 Second Of Summer Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert Jelajah November Ini

Bukan main meriah konsert bulan November nanti!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas 10 tahun, 5 Seconds of Summer akhirnya kembali ke Malaysia untuk konsert jelajah EVERYONE'S A STAR! 2026 World Tour

Kumpulan muzik yang membawakan genre global alt-rock dan future punk/pop ini akan membawakan lagu-lagu hits mereka di konsert jelajah ini secara besar-besaran.

Dijadualkan berlangsung di Unifi Arena (dahulunya dikenali sebagai Axiata Arena), konsert satu malam sahaja ini akan berlangsung pada hari Selasa, 17 November 2026.

Sebagai sebahagian daripada konsert jelajah mereka, band ini turut akan membuat persembahan di:

– Bangkok, Thailand (9 November)
– Manila, Filipina (12 November)
– Jakarta, Indonesia (14 November)
– Singapura (16 November)
– Seoul, Korea Selatan (19 November)
– Tokyo, Jepun (21 November)

SAYS.com
Image via Jay L Clendenin/Los Angeles Times

Harga tiket bermula dari RM298, berikut adalah tarikh jualannya:

  • Artiste Presale: Isnin, 4 Mei 2026, 12 tengah hari
  • Jualan Umum: Selasa, 5 Mei 2026, 12 tengah hari

Pendaftaran pra-jualan boleh didapatkan menerusi laman web rasmi mereka, manakala jualan tiket umum akan dikeluarkan di platform GoLive Asia.

SAYS.com
Image via @sahentertainment.my (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest