[GAMBAR] Gadis 19 Tahun Dari Sabah Ini Digelar ‘Selena Gomez Malaysia’. Muka Kembar Habis!
Serius, memang sama!
Cover image via SAYSJika sebut saja nama Selena Gomez, pasti anda semua kenal kan? Siapa je tak kenal artis terkemuka Hollywood yang mempunyai wajah cantik dan ayu itu.
Image via GIPHY
Selena Gomez juga merupakan individu yang paling ramai *followers* di Instagram dengan 116 juta pengikut! Buat masa sekarang, tak ada siapa boleh kalahkan.
Tapi cerita ini bukanlah tentang Selena tetapi tentang kembarnya yang berasal dari Sabah. Sekali pandang, memang boleh silap sebab sama betul!
Gadis yang mempunyai wajah persis Selena Gomez ini dikenali dengan nama **Phan** atau nama sebenarnya **[Phanthegerow Estrop](https://www.facebook.com/louiselle.estrop)**. Phan yang berusia 19 tahun ini berasal dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah dan mempunyai darah kacukan Belanda dan Kadazan Dusun. Tak hairanlah mengapa wajahnya kelihatan seperti ala-ala perempuan Belanda.
Phan telah pun mendapat perhatian daripada orang ramai setelah gambar wajahnya yang seakan-akan Selena Gomez itu dimuat naik ke dalam laman sosial sejak tahun lalu lagi.
Image via Instagram @phanthegerow
Amacam, sebijik tak?
Nak jadikan cerita, Phan yang juga dikenali dengan nama Isabella Johan ini sebenarnya memang seorang peminat tegar Selena Gomez
Dalam temubual beliau bersama majalah [Glam Lelaki](http://glamlelaki.my/personaliti/tuah-rupa-persis-selena-gomez-isabella-johan-bakal-buat-kemunculan-sulung/), Phan memberitahu bahawa beliau meminati Selena Gomez kerana sikapnya yang sentiasa merendah diri.
Phan juga amat gemar mendengar lagu-lagu Selena Gomez dan turut menjadikan lagu 'Kill em with Kindness' sebagai salah satu lagu kegemarannya.
Image via instagram @phanthegerow
Bagi Phan, mempunyai wajah yang mirip dengan seorang selebriti terkenal merupakan satu pemberian dan juga satu 'sumpahan' buat dirinya
Image via Instagram @phanthegerow
Siapa sangka, wajah cantik persis Selena Gomez yang dimiliki Phan ini membuka jalan untuk beliau terjun ke dalam industri lakonan
Image via Instagram @phanthegerow
Baru-baru ini, Phan telah ditawarkan berlakon dalam filem tempatan berjudul 'Tangisan Akinabalu' arahan Dato' Jurey Rosli, terbitan syarikat New Line Sdn Bhd. Menurut Phan, beliau bakal beraksi bersama pelakon tempatan terkenal yang lain dalam filem tersebut.
"Saya memang tak pernah sangka peluang ini akan datang namun saya berasa amat bertuah kerana diberikan peluang untuk terjun dalam bidang seni lakonan. Secara jujurnya, saya amat meminati dunia lakonan dan peluang yang hadir adalah satu peluang keemasan apabila dipilih dan diberi kepercayaan menjadi sebagai pelakon utama filem Tangisan Akinabalu," kata Phan lagi dalam temubual bersama [Glam Lelaki](http://glamlelaki.my/personaliti/tuah-rupa-persis-selena-gomez-isabella-johan-bakal-buat-kemunculan-sulung/).
Sejujurnya, muka Phan tidaklah 100% sama dengan Selena. Tapi, gambar di bawah ini menunjukkan beberapa wajah kedua mereka yang kelihatan sangat serupa!
Image via SAYS
Image via SAYS
Image via The Coverage
Oh, kalau korang nak tahu, Phan pernah memenangi pertandingan Female Icon Sabah pada tahun 2015 dan memenangi pertandingan *runway* dua kali berturut-turut sewaktu di bangku sekolah.
Memang sama kan? Kalau anda tak percaya, *stalk* lah [Instagram](https://www.instagram.com/phanthegerow/?hl=en) Phan dan lihatlah sendiri ya!

