[VIDEO] ‘Selawat Despacito’ Alunan Ustaz Ini Jadi Viral, Orang Ramai Keliru Dan Bingung
Boleh ke tak kalau macam ni?
Cover image via SAYS via Penang KiniLagu 'Despacito' nyanyian Justin Bieber, Luis Fonsi, dan Daddy Yankee menjadi satu fenomena dunia sebaik sahaja ia diterbitkan baru-baru ini
Kegilaan lagu **'Despacito'** boleh dilihat melalui putaran di radio yang seakan tak henti-henti di semua saluran. Malah, [klip video](https://www.youtube.com/watch?v=kJQP7kiw5Fk&feature=youtu.be) original lagu tersebut nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee juga telah mendapat lebih daripada 2.5 bilion tontonan di YouTube dalam masa 6 bulan sahaja!
Klip video 'Despacito' kini menduduki tempat kelima dalam carta 'Video paling banyak dimainkan di YouTube', barangkali memegang rekod sebagai video paling cepat mendapatkan tontonan melebihi 2 bilion.
Fenomena 'Despacito' turut merebak ke Malaysia sehingga wujud lambakan jenis cover di media sosial
Tapi yang paling ramai suka dan *salute*, tentunya *cover* oleh kumpulan Gemersik Pawana dari SBP Integrasi Gopeng yang menggunakan alat muzik tradisional Melayu iaitu Cak Lempong.
Persembahan mereka di rancangan Nasi Lemak Kopi O tempoh hari telah berjaya mencuri perhatian orang ramai. Saksikan di bawah:
Namun begitu, terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan menjadikan irama lagu tersebut untuk selawat di majlis perkahwinan
**"Selawat Nabi pun nak guna lagu Despacito?"**
Mungkin ada sesetengah pihak yang menimbulkan tanda tanya ini dalam fikiran mereka. Mana tidaknya, sedang kontroversi berkaitan lirik lagu tersebut yang dikatakan berbaur lucah masih berlegar, tiba-tiba ada pula pihak yang menjadikannya sebagai selawat. Ternyata, perbuatan ini pasti dianggap seperti mencemarkan imej agama Islam.
Sejak dimuat naik oleh laman **[Penang Kini](https://www.facebook.com/penangkini/videos/1965684080335734/)** pada 10 Julai lalu, video tersebut telah mendapat 2,500 *shares* ketika artikel ini ditulis.
Image via Penang Kini
Tekan butang play dan dengarkan 'Selawat Despacito' di bawah:
Apa kata orang ramai?
1. "Dari segi adab, tak berapa manis."
Image via Penang Kini
2. "Buka minda dan pandang dari sudut positif."
Image via Penang Kini
Image via Penang Kini
3. "Lepas ni apa pulak?"
Image via Penang Kini
4. "Ini cara dia tarik minat orang-orang muda untuk berselawat."
Image via Penang Kini
5. "Tinggalkanlah benda-benda yang meragukan."
Image via Penang Kini
6. "Irama tak menjadi masalah. Selagi makna tak berubah, ia diharuskan."
Image via Penang Kini

