Selangor Rekod Kadar Muflis Paling Tinggi, Profesion Guru Paling Banyak Terlibat
Selangor dilihat berada di kedudukan teratas berbanding negeri lain.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selangor kini merekodkan jumlah tertinggi kes kebankrapan dalam kalangan kakitangan kerajaan di negara ini
Menerusi laporan Harian Metro, Selangor berada di kedudukan teratas berbanding negeri lain dari segi kes kebankrapan penjawat awam berdasarkan data terkumpul terkini.
Difahamkan, guru di Selangor dikenal pasti golongan penjawat awam paling ramai diisytiharkan bankrap akibat pinjaman peribadi.
Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk Ishak Bakri berkata walaupun jumlah sebenar tidak dapat didedahkan namun dapatan MDI menunjukkan golongan guru paling ramai diisytiharkan bankrap dengan punca utama adalah pinjaman peribadi.
Menurutnya, maklumat yang diperolehi itu dikumpulkan dan diumumkan ketika program literasi kewangan membabitkan rakyat Selangor pada tahun lalu.
"Di Selangor, jumlah kakitangan kerajaan (bankrap) adalah paling tinggi. Apabila diperincikan, guru-guru antara kumpulan paling ramai diisytiharkan bankrap," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk Ishak Bakri (tiga dari kiri).
Image via Farhana YaacobKelebihan guru mudah lepasi permohonan pinjaman jadi faktor utama
Beliau berkata, faktor utama yang menyumbang kepada situasi itu ialah kemudahan guru mendapatkan pinjaman peribadi berikutan status pekerjaan tetap serta pendapatan bulanan yang konsisten.
"Guru mudah mendapatkan pinjaman peribadi dan boleh membuat potongan gaji.
"Apabila pinjaman itu mudah diperoleh, ia mendorong pengambilan hutang berlebihan sehingga akhirnya membawa kepada kebankrapan," katanya.
Menurutnya, situasi itu juga berlaku disebabkan kecenderungan mengambil pinjaman peribadi tanpa perancangan kewangan yang kukuh.
"Kita ada statistik, tetapi tidak boleh dedahkan angka terperinci, yang pasti, Selangor memang mencatatkan jumlah tertinggi," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 