Selangor Rancang Masukkan Pickleball Dalam Sekolah Tahun Depan
Mak ayah dah kena ready duit untuk beli raket pickleball tu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sukan pickleball sedang dalam perancangan untuk diperkenalkan di sekolah seluruh negeri Selangor tahun hadapan
Inisiatif tersebut dirancang sebagai sebahagian daripada usaha bagi memberi pendedahan sewajarnya kepada sukan yang baru muncul dan memupuk bakat muda di seluruh Selangor.
Menerusi laporan Media Selangor, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata pelaksanaan berstruktur itu akan menjadi sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri untuk memperkukuh pembangunan sukan dan menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti sihat.
"Bermula tahun hadapan akan laksanakan program secara berstruktur yang mana kita akan kenal pasti dan pendedahan kepada guru-guru kursus kejurulatihan kepada mereka, serta pada murid-murid supaya mereka didedahkan kepada sukan pickleball.
"Sebab kita lihat hari ini, walaupun pickleball sukan yang popular disambut baik masyarakat, tapi masih belum diberikan ruang pengiktirafan.
"Kalau kita sebut dalam konteks Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), sukan bola sepak, badminton, hoki, pingpong ini antara sukan yang akan memberikan markah kokurikulum kepada murid-murid yang menyertai pertandingan.
"Tetapi kalau murid-murid masuk pertandingan pickleball, dia tidak dikira sebagai sukan di bawah MSSM," katanya.

EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi.
Image via @mediaselangor (TikTok)Dalam proses untuk iktiraf pickleball sebagai sukan rasmi MSSM
Menurut Najwan, kerajaan negeri juga akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengiktiraf sukan pickleball sebagai acara rasmi dalam MSSM.
"Saya sudah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, supaya kementerian dapat membantu memudahkan proses memasukkan pickleball dalam MSSM," katanya.
Sementara itu, Hannah Yeoh berkata beberapa syarat perlu dipenuhi sebelum sesuatu sukan itu boleh diperkenalkan di peringkat sekolah.
"Oleh itu, Persatuan Pickleball Malaysia masih mempunyai banyak kerja asas untuk dilakukan sebelum sukan itu boleh dibawa ke sekolah. Namun, saya melihat pertumbuhannya sangat organik.
"Kerajaan tidak perlu membina infrastruktur baharu kerana sektor swasta telah pun mengambil inisiatif itu. Banyak kemudahan sudah tersedia di pusat beli-belah dan kawasan kejiranan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 