Selalu Hantar Kereta Di Luar Lembah Klang, Ejen Penjual Kereta Dedah Sikap Sebenar Orang Kelantan
Wah, biar betul orang Kelantan macam ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang ejen jualan kereta mendedahkan pengalamannya di Kelantan setelah mendapat tugas untuk menghantar kereta pelanggan di negeri Pantai Timur itu
Menerusi perkongsian @wanfikri232 di Threads, dia mendedahkan dalam banyak-banyak negeri di Semenanjung Malaysia yang menjadi lokasi penghantaran kereta daripadanya, Kelantan merupakan negeri kegemarannya.
Menurutnya, dia telah menerima layanan yang baik dan ekstra daripada pelanggannya di Kelantan dan jarang dapat menerima perkara yang sama di negeri lain.
"Kenapa Kelantan? Dari Petaling Jaya ke Kelantan saya ambil masa 7 jam hingga 8 jam. Customer dari Kelantan faham penat perjalanan, biasa lepas serah kereta mereka akan hidang makanan. Diorang betul-betul layan saya sebagai 'tetamu' mereka.
"Pada masa sama, mereka akan offer saya hantar ke terminal bas sebab diorang tahu saya bukan orang Kelantan, padahal Grab ada. Ada sesetengah customer siap hulur duit. Eh, melawan hukum alam ni.
"Dari pengalaman saya deliver kereta, negeri lain tak buat macam ni termasuk negeri saya sendiri. Kalau ada pun, dia mesti orang Kelantan kerja luar," tulisnya.

Sudah menjadi budaya orang pantai timur meraikan tetamu, siap boleh offer tidur malam
Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-ratanya bersetuju dan akui itu sememangnya adalah budaya masyarakat di pantai timur.
Ramai di antara berkongsi antara adab yang diamalkan mereka adalah tetamu mesti dijamu dengan makanan dan minuman walaupun tetamu tersebut tidak lapar.
Lihat antara komen tersebut di bawah:


Lihat perkongsian penuh di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 