Sebenarnya Gambar Stereng BMW Dengan Resit Mydin Ini Ada Maksud Tersirat. Anda Tahu Tak?
Sebab itu kita kena kaji dulu betul-betul baru boleh komen.
Cover image via Warga Kuantan/FacebookSejak beberapa hari lalu, ramai pula orang share gambar stereng kereta BMW dengan resit Mydin di laman sosial sampai jadi viral
Image via MyGosip.com/Facebook
Seorang lelaki ditemui memuat naik **gambar stereng kereta BMW bersama resit Mydin** dan bertanya sama ada boleh atau tidak untuk menukar barangan yang dah tersalah beli.
*Posting* ini mendapat perhatian ramai dalam sekelip mata disebabkan gaya pertanyaan lelaki ini yang dilihat **seperti ada unsur menunjuk-nunjuk**.
Selepas menjadi viral, ramailah yang memuat naik gambar stereng kereta masing-masing semata-mata untuk troll. Caption pun semua tak nak mengalah dan memang pecah perut!
Image via MyGosip.com/Facebook
Image via MyGosip.com/Facebook
Image via MyGosip.com/Facebook
Hahaha macam-macam karenah. Kreatif sungguh.
Bukan setakat stereng kereta, orang ramai turut upload gambar rakit, kapal, dan macam-macam lagi. Bertambah-tambah kelakar jadinya.
Image via MyGosip.com/Facebook
Image via MyGosip.com/Facebook
Image via MyGosip.com/Facebook
Orang kita ni bila bab *troll* memang laju je kan. Seronok betul kami melayan satu-satu gambar. Kalau nak lebih banyak *troll* boleh klik **[sini](https://www.facebook.com/mygosip/photos/pcb.10153268090176954/10153268089141954/?type=3&theater)**.
Yang mengutuk pun apa kurangnya. Tak semena-mena lelaki tersebut dikecam kerana didakwa sengaja nak show off kereta BMW yang dimilikinya.
Image via MyGosip.com/Facebook
Eh? Nama **[Faiz Subri](http://says.com/my/seismik/gol-faiz-subri-dapat-perhatian-dunia)** pun kena sebut?
Namun begitu, ramai yang tak tahu kisah sebenar disebalik posting berkenaan.
Gambar itu dimuat naik bukan sebab nak tanya orang ramai tentang soal tukar barang di Mydin, jauh pula bertujuan untuk show off.
Image via Warga Kuantan/Facebook
Seorang lelaki bernama **Ahmad Muizzuddin Mohammad** memuat naik gambar berkenaan ke dalam *page* **[Warga Kuantan](https://www.facebook.com/groups/280500782026015/permalink/976956999047053/)** di Facebook pada 16 Februari 2016 lalu dengan *caption*:
***"Salam, nak tanya warga Kuantan. Kalau tersalah beli barang dekat Mydin, boleh tukar balik tak? Resit saya ada lagi."***
Sekali pandang, memang rasa macam Ahmad Muizzuddin ni sengaja nak show off kereta BMW. Tetapi, bagi sesiapa yang faham, posting tersebut sebenarnya ada maksud tersirat.
Image via Warga Kuantan/Facebook
Menurut beliau, hanya orang yang betul-betul follow laman Warga Kuantan saja yang akan faham niatnya yang sebenar
Image via Warga Kuantan/Facebook
Mula-mula, kami pun kurang faham apa sebenarnya yang cuba Ahmad Muizzuddin sampaikan
Selepas diselidik, baru kami faham. Rupa-rupanya, Ahmad Muizzuddin memang sengaja upload gambar tersebut semata-mata untuk troll satu status yang dimuat naik 2 jam sebelum itu.
Image via Warga Kuantan/Facebook
Status dari **Mohd Ikram** yang dimuat naik dua jam lebih awal inilah yang sebenarnya Ahmad Muizzuddin maksudkan. Cuba anda baca betul-betul apa yang tak kena dengan status ini.
Nampak tak?
Yes, gambar itu dimuat naik bagi tujuan sarkastik sahaja sebenarnya, tidak ada kena mengena langsung dengan Mydin mahupun menunjuk-menunjuk kemewahan
Semua dah faham kan? Bagus 🙂
Jadi selepas ini, tak perlulah kita melenting dan membuat tuduhan melulu ke atas niat seseorang memuat naik sesuatu di laman sosial. Hati-hati ya.

