Sebelum Bertukar Menjadi ‘Hulk’, Amalkan 17 Perkara Ini Untuk Tenangkan Diri

Bila anda gembira, tiada masalah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via twimg.com
Logo

Kami pasti anda pernah mengalami situasi dimana seseorang atau sesuatu membuat anda rasa seperti mahu bertukar menjadi Hulk

Image via

Dan bukan semua orang ada Black Widow di sisi yang boleh menenangkan anda ketika anda marah atau stress

Image via

Oleh sebab itu, anda perlu mengetahui cara untuk menghilangkan rasa stress dengan mengamalkan 17 langkah di bawah:

1. Berjumpa dan membuat kawan dengan kenalan baru

Anda pasti terkejut apabila anda mendapati berjumpa dan membuat kawan baru dapat membuka minda anda terhadap sesuatu perkara.

Image via

2. Menghargai perkara-perkara yang kecil di sekeliling anda

Pernahkah anda mendengar pepatah "stop and smell the roses"?

Walaupun ia hanya satu pepatah, anda patut luangkan masa dengan menghidu bunga yang harum atau mengagumi bagaimana seekor kucing boleh menceriakan hari anda dengan telatahnya.

Image via

3. Buat perkara baru seperti aktiviti yang anda tidak pernah cuba sebelum ini

Anda boleh mencuba perkara baru seperti mendaki bukit atau memanah dan macam-macam lagi aktiviti yang mampu menghilangkan *stress*.

Image via

4. Luangkan lebih masa melakukan aktiviti luar

Sama ada berbasikal sambil menikmati udara yang nyaman atau berkelah sambil melihat matahari terbenam.

Image via

5. Tulis tentang perkara yang membuat anda rasa bersyukur

Ia membantu anda untuk lebih menghargai hidup anda dan membuat anda rasa betapa beruntungnya anda jika dibandingkan dengan orang yang hidup lebih susah.

Image via

6. Hulurkan bantuan kepada orang yang lebih memerlukan

Walaupun ia hanyalah membantu seseorang melintas jalan, atau membantu dalam kerja-kerja kebajikan, anda pasti rasa satu perasaan yang menggembirakan. *Random act of kindness* memang mampu meningkatkan tahap kegembiraan dan kepuasan seseorang terhadap hidupnya.

7. Tutup mata dan ingat kembali memori yang menggembirakan anda

Image via

8. Jauhi perkara-perkara negatif seperti judge orang lain dan membandingkan diri anda dengan orang lain

Ia hanya akan menjadikan anda atau orang lain *moral down*.

Image via

9. Berhenti memikirkan apa orang lain fikir tentang anda

Buat apa saja yang buat anda *happy*. Kita memang tak mampu untuk puaskan hati semua pihak.

Image via

10. Menyanyi dan menari sesuka hati anda

Image via

Mengikut penyelidikan, menyanyi dan menari, otak anda akan mengeluarkan endorfin dimana ia akan membuat anda rasa gembira.

11. Jauhi media sosial untuk seketika

Terlalu banyak perkara negatif di media sosial seperti pembulian siber, rungutan di status facebook dan macam-macam lagi. Perkara-perkara negatif seperti ini boleh mempengaruhi *mood* anda.

Oleh sebab itu, anda perlu jauhi media sosial untuk seketika untuk menghapuskan sikap negatif yang mungkin ada di dalam fikiran anda.

Image via

12. Murahkan senyuman anda

Senyuman memberi impak yang sangat besar. Senyuman bukan sahaja boleh berjangkit, ia juga dapat membuatkan orang lain berasa gembira secara tidak sengaja.

Image via

13. Tarik nafas, kira 3 kali dan lepaskan, dan ulang sehingga hilang rasa marah

Perasaan marah boleh menjatuhkan *mood* anda. Jadi, cuba hilangkan rasa marah dengan teknik ini sehingga anda tak rasa nak marah dah.

Image via

14. Membuat senaman

Ia bukan sahaja dapat menyihatkan badan anda, ia juga dapat mengalih perhatian anda daripada masalah.

Image via pinterest.com

15. Dapatkan tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 6 jam

Mendapatkan tidur yang cukup amatlah penting supaya *mood* anda menjadi seimbang dan fikiran anda menjadi lebih fokus semasa menjalani rutin harian anda.

Image via tumblr.com

16. Kelilingi dengan kawan yang bersikap positif

Ia dapat menjauhkan diri anda daripada menjadi muram kerana jika anda dikelilingi rakan-rakan atau keluarga, anda takkan rasa keseorangan. Teman berbual membantu anda untuk rasa lebih rasa bahagia.

Image via tumblr.com

17. Cuba menjadi benda kreatif

Bukan sahaja membantu anda bertenang, tetapi hasil kreatif itu buat anda rasa puas hati dan gembira.

Image via

Seperti menjahit, origami, membuat rumah burung atau apa-apa saja.

Terlalu banyak langkah untuk hilangkan stress? Dapatkan teman mengadu, asalkan bukan bomoh:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: