Scammer Target Peminat BTS, Buat Website Palsu Sempena Konsert Jelajah
Hati-hati para Army!
Cover image via NSTFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Scammer sedang menyasarkan peminat BTS menjelang Arirang World Tour kumpulan itu dengan kewujudan laman web palsu meniru platform peminat rasmi Weverse
Menerusi laporan The Straits Times, syarikat keselamatan siber, Kaspersky telah menemui beberapa laman web palsu yang meniru platform peminat global Weverse.
Situasi ini mendorong peminat yang tidak berhati-hati membuat pembelian dan transaksi di laman web terbabit yang disahkan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan BTS, agensi mereka. BigHit Music atau Weverse.

Contoh laman web palsu menjual langganan menjadi kelab peminat.
Image via KasperskyBTS baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk album penuh kelima beserta jelajah dunia
Kebanyakan info, termasuk tiket dan tarikh telah diumumkan di Weverse, di mana peminat boleh membeli keahlian kelab peminat dan barangan idola kegemaran mereka.
Kaspersky memaklumkan, selain kehilangan wang daripada pembelian awal, mangsa juga mempunyai risiko dicuri maklumat peribadi dan digunakan untuk aktiviti penipuan lain.
Syarikat itu menasihatkan orang ramai untuk terus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu semasa membuat pembelian dalam talian.
Perkara ini termasuklah dengan mengesahkan kesahihan kedai dalam talian sebelum membuat pembelian, menggunakan kaedah pembayaran yang dipercayai dan menggunakan penyelesaian keselamatan yang boleh dipercayai untuk mengesan halaman berniat jahat dan menyekat percubaan phishing.

Halaman untuk pembayaran di laman web palsu.
Image via KasperskyKeterujaan peminat dijadikan kesempatan
"Malangnya, keterujaan dan jangkaan menjelang konsert juga mewujudkan peluang ideal untuk penjenayah siber," kata Adrian Hia, pengarah urusan Kaspersky untuk Asia Pasifik.
Katanya, scammer sering mengeksploitasi perasaan teruja dan terdesak yang dialami oleh individu, di mana ia boleh menghilangkan rasa berhati-hati dan mengurangkan kecenderungan diri untuk meneliti.
"Menjelang tahun 2026 dengan pelbagai konsert dirancang di rantau Asia Pasifik, adalah penting untuk kita berhati-hati dan mengambil langkah proaktif untuk melindungi diri kita daripada penipuan ini, terutamanya apabila AI terus meningkatkan keupayaan mengelirukan mereka," tambahnya.
Walaupun Kaspersky tidak mempunyai data khusus untuk insiden yang melibatkan BTS, mereka mendapati 6.7 juta serangan phishing menyasarkan pengguna kedai dalam talian, syarikat penghantaran dan sistem pembayaran dari November 2024 hingga Oktober 2025.
Menurut Kaspersky, kira-kira 50.6 peratus daripada serangan ini menyasarkan kedai dalam talian.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



