RM10 Untuk Satu Borang Temuduga, Karnival Kerjaya Di Kedah Dituduh Menipu Dan Cekik Darah!

Kesian yang datang jauh-jauh tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Baru-baru ini, viral di laman Facebook apabila seorang lelaki menceritakan peengalaman buruknya menghadiri satu ekspo kerjaya terbesar di Expo Kerjaya Terbesar Zon Utara 2017 di sebuah hotel di Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu

Pengguna Facebook yang bernama [Muhd Hafizul Zikri](https://www.facebook.com/muhdhafizul.zikri/posts/1877652128941899) itu menceritakan dia tiba di pameran kerjaya tersebut seawal jam 11 pagi dan kelihatan beribu orang sedang beratur panjang di bawah terik panas matahari untuk pendaftaran temuduga.

Namun, sesuatu yang sangat tak dijangka berlaku. Pihak penganjur telah meminta bayaran kepada pengunjung untuk setiap borang temuduga yang ingin mereka mohon.

Bagaimanapun, Hafizul tetap berada di situ untuk melihat apa lagi yang akan berlaku seterusnya

Berita mengenai karnival tersebut bukan sahaja dikongsikan oleh Hafizul, malah turut diceritakan oleh pengguna Facebook yang lain, Aimi Shahira

Setelah viral, ramai mempersoalkan bagaimana karnival seperti itu boleh dianjurkan dan mengaitkannya dengan kerajaan negeri Kedah.

Namun, laporan Utusan Online semalam memberitahu karnival tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia, Datuk Norsabrina Mohd. Noor, Karnival Kerjaya Zon Utara Jobsifu.com 2017 yang berlangsung Sabtu lalu adalah program anjuran penuh pihak swasta tanpa sebarang campur tangan daripada kerajaan negeri Kedah dan ia adalah sebuah penganjuran bebas.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hangat sebelum ini:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: