“Saya Tak Terbabit, Sudah Bersara Ketika Insiden Berlaku” – Bekas Pengetua Sekolah
Zara ditemui dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan tampil menafikan sebarang pembabitan dalam tragedi yang mengorbankan Allahyarham Zara Qairina Mahathir
Menerusi laporan Harian Metro, Datin Rosnih Nasir menjelaskan bahawa dirinya sudah bersara dan tidak lagi terbabit dalam sebarang urusan pentadbiran sekolah ketika insiden itu berlaku.
"Saya terpanggil untuk memberikan penjelasan berhubung fitnah dan kekeliruan yang sedang tular di media sosial membabitkan nama saya dalam insiden menyayat hati membabitkan Allahyarham adik Zara Qairina," katanya.
Menurutnya, beliau hanya berkhidmat sebagai pengetua SMKA Tun Datu Mustapha dari 10 Mac hingga 22 November tahun lalu, sebelum bersara daripada perkhidmatan.
"Maka, saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan saya secara langsung atau tidak langsung dengan peristiwa tragik yang berlaku baru-baru ini.
"Perkara ini amat menyedihkan saya sebagai seorang ibu dan juga seorang pendidik," katanya.

Beri sokongan penuh terhadap siasatan
Rosnih memberi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zara dan mendoakan agar roh pelajar itu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
"Semoga keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini," katanya.
Rosnih juga menyatakan sokongan penuh terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh polis berhubung kes berkenaan.
"Saya percaya kebenaran akan terserlah apabila siasatan selesai," tambahnya sambil mengakhiri kenyataan dengan tanda pagar #justiceforzara.
KPM menafikan mengambil sikap lepas tangan tentang isu arwah Zara Qairina



Lihat perkongsian penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 