“Saya Tak Beromen Pun… Dan Benda Tu Pun Spontan,” Jawab Ozlyn Tentang Isu Cium Mulut
Rasanya tak pernah ada lagi artis Malaysia bercium di anugerah.
Cover image via rotikaya.com[TERKINI] Imam Masjid Bukit Aman Tegur Johan Cium Ozlyn Di ABPBH 2014
Image via SAYS.com
Setelah adegan bercium Johan dan isterinya, Ozlyn menjadi perbualan hangat pada minggu lalu, ia menarik perhatian ramai orang termasuk Ustaz Hassan Al Fadhli Abd Rahman
Image via gosipmalaysia.com
Beliau berkata asasnya hukum suami mencium isteri tidak menjadi kesalahan tetapi hukumnya berbeza apabila ia dibuat secara terbuka
Hassan Al Fadhli juga menasihati agar Johan dan isterinya melihat suasana dan keadaan sebelum melakukan sebarang aksi kerana hukum fiqah berubah mengikut keadaan
"*Contohnya sewaktu di rumah, isteri boleh mempamerkan auratnya kepada suami kerana pada waktu itu tidak ada orang lain selain suaminya. Namun sewaktu di luar rumah, isteri harus menutup auratnya agar tidak dilihat oleh orang lain. Begitu juga, cium di rumah boleh kerana tidak ada orang lain, tetapi depan orang ramai tidak boleh walaupun cium itu halal bagi suami dan isteri.*" katanya lagi.
5 April: Tentu ramai yang sudah tahu tentang kontroversi Johan Raja Lawak dan isterinya, Ozlyn Wati yang bercium di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014
Image via mynewshub.cc
Di sebabkan aksi mereka itu, banyak cemuhan yang dilemparkan oleh orang ramai di laman sosial
Image via SAYS.com
Apabila komen-komen negatif yang diberi termasuk di Instagram tidak berhenti, Ozlyn mengambil keputusan untuk menjawab kritikan pengikutnya
Image via Oh! Bulan
Ozlyn bertindak begitu apabila ramai pengikut Instagram miliknya yang tak habis-habis mengungkit aksi mereka di anugerah yang berlangsung pada Ahad lepas.
Selain itu, Ozlyn yang 'panas' dengan komen-komen itu turut mengajak seorang pengikut untuk berdepan dengannya
Image via Oh! Bulan
Johan juga bertindak mempertahankan dirinya dan Ozlyn dengan menyatakan insiden dia mencium bibir isterinya di ABPBH 2014 itu bukanlah satu kesalahan
Image via malaysianreview.com
Beliau menjelaskan kucupan mesra itu sebagai tanda dia menghargai Ozlynn yang sentiasa berada di sisinya selain ingin berkongsi kegembiraan
Image via mynewshub.cc
Johan mengatakan dia tidak perlu mengambil peduli tanggapan orang ramai terhadap perkara itu kerana yang diciumnya itu adalah isterinya sendiri
Image via intrend.astroawani.com

