”Saya Dipukul Tanpa Belas Kasihan” – Pemandu Lori Cerita Detik Cemas Dibelasah Gengster
"Saya hanya tahu siapa mereka selepas bos beritahu yang mereka ni gengster besar," – Nasrul Faiz
Cover image via SAYS"Saya dipukul tanpa belas kasihan." – Begitulah luahan hati mangsa, Nasrul Faiz Zul Fahmi, 25, yang dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, 14 Januari lalu.
Nasrul Faiz yang merupakan seorang pemandu lori cedera parah dipukul sekumpulan lelaki di sebuah kawasan kondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur kerana tanpa sengaja telah melanggar sebuah kereta mewah Mercedes-Benz yang dipercayai milik seorang 'Datuk'.
Kejadian tersebut menjadi viral di laman Facebook setelah video yang menunjukkan dia dibelasah beramai-ramai tersebar luas di laman sosial.
Image via Facebook
Image via Facebook
Menurut laporan BH Online semalam, Nasrul memberitahu kejadian bermula apabila dia bertanya kepada salah seorang lelaki tersebut mengenai pemilik kenderaan berkenaan
Nasrul Faiz, menceritakan detik-detik insiden itu dalam satu sidang media yang dianjurkan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), di Sungai Besi, semalam.
Image via Facebook
Dia tidak mengingati berapa jumlah individu yang mencederakan dirinya, malah mengetahui perkara tersebut selepas menonton melalui video yang tersebar luas di media sosial
Nasrul Faiz juga memberitahu dia tidak mengenali siapa lelaki dan kumpulan individu yang memukulnya itu sehinggalah bosnya memberitahu kumpulan lelaki tersebut adalah gengster besar.
Image via Facebook


