“Saya Bukan Penjual Agama” – Kecewa Dituduh Jual Agama, Sharifah Khasif Cerita Hal Sebenar

"Al-Quran adalah hiburan saya. Dari dulu lagi saya katakan, saya tetap dengan prinsip saya. Biar melawan arus, jangan melanggar aqidah." – Sharifah Khasif

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Kecoh minggu lalu apabila satu berita hangat mengenai kelas mengaji Al-Quran di dalam pesawat jet mewah menjadi viral di laman sosial

Kelas mengaji Al Quran itu menjadi bualan ramai kerana meletakkan yuran kos sebanyak RM33,400. Kelas tersebut dikhabarkan mengenakan bayaran sebanyak RM2,000 sejam bagi setiap sesi tanpa meluncuri awan biru. Manakalanya, sekiranya anda ingin mengikuti kelas tilawah sambil terbang di udara anda perlu membayar sebanyak RM33,000 sejam.

Kelas ini akan dikendalikan oleh johan qariah tilawah Al Quran yang terkemuka iaitu Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman. Ia dianjurkan oleh syarikat pengurusan jet peribadi iaitu Elite Jets Sdn Bhd yang terletak di Shah Alam.

Image via SAYS

Setelah berita tersebut menjadi viral, Sharifah Khasif telah dihentam teruk oleh ramai netizen. Ramai yang beranggapan beliau seakan-akan menjual agamanya sendiri.

Kecewa dengan persepsi orang ramai, beliau akhirnya tampil dan menceritakan fakta sebenar mengenai perkara tersebut yang dikatakannya telah dimanipulasi:

Image via Malay Mail

Katanya, beliau ditawarkan oleh pihak syarikat pengurusan jet peribadi tersebut untuk membimbing kelas Al-Quran secara percuma kepada mereka yang menggunakan khidmat Elite Jets Sdn Bhd

Image via Malay Mail

Sharifah berkata lagi supaya jangan membuat fitnah yang keterlaluan sehingga mengaibkan seseorang dengan benda yang tak betul

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih hangat sebelum ini:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: