“Saya Bertanggungjawab Penuh Atas Isu Ini” – Jurugambar Malaysia Mohon Maaf Kes Libatkan Nat Geo

National Geographic sebelum ini menafikan dakwaan mengatakan dia dipilih untuk sebuah program berprestij anjuran organisasi tersebut.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jurugambar dari Malaysia, Tinesh Sritharan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka berikutan kontroversi berkaitan dakwaannya dipilih untuk program National Geographic

Isu itu mula timbul selepas National Geographic memaklumkan surat pemilihan Tinesh adalah "palsu" dan dia bukan ahli program Explorer organisasi itu.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi jurugambar itu di Instagram, Tinesh mengakui kekeliruan dan kebimbangan yang timbul.

Dia menjelaskan bahawa dia telah pergi ke Kenya dengan harapan untuk berkongsi pengalaman yang bermakna, terutamanya mengenai Maasai Mara National Reserve di Kenya, di mana menurutnya dia telah menghabiskam masa selama berbulan-bulan untuk persiapan di samping masa, dana dan tenaganya sendiri.

"Sejak beberapa hari lalu, terdapat banyak topik dan perbualan mengenai saya dan kerja saya. Beberapa perkara yang dikongsikan telah menimbulkan kekeliruan, dan saya memahami kebimbangan yang timbul," tulisnya.

SAYS.com
Image via @stineshinarw (Instagram)

Tinesh menegaskan bahawa dia kekal dengan misi untuk menyelesaikan tugas di Kenya tanpa mengira kontroversi yang berlaku

Dia mendedahkan bahawa projeknya yang bertajuk Echoes of the Savannah, akan diteruskan di Kenya.

"Tidak kira ia adalah sesuatu yang berprestij ataupun tidak, hasil ini tetap akan dikongsikan," katanya sambil menambah bahawa pengalaman itu telah menjadi peringatan untuk tabah mengharungi cabaran.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keterlibatan saya dalam hal ini, dan saya dengan tulus memohon maaf kepada rakyat Malaysia, kepada penaja saya, dan kepada semua orang yang telah menyokong saya, atas kekecewaan dan kesulitan yang saya timbulkan," tulisnya.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Tinesh dilihat sedang berada di Kenya ketika ini.

SAYS.com
Image via @stineshinarw (Instagram)

Menjanjikan ketelusan dalam projeknya, akan berkongsi keadaan semasa dan pecahan terperinci pembiayaan yang diterimanya dan bagaimana ia dibelanjakan

"Saya percaya adalah penting untuk saya kekal bertanggungjawab kepada mereka yang telah mempercayai saya," katanya.

Tinesh mengakhiri perkongsiannya dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang telah diberikan.

"Terima kasih Malaysia, kerana berdiri di samping saya. Kepercayaan anda membuatkan saya terus maju," tulisnya.

SAYS.com
Image via @stineshinarw (Instagram)
SAYS.com
Image via @stineshinarw (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: