Sari Dalam Proses Untuk Masuk Sebagai Warisan Negara

Difahamkan, corak dan warna pada setiap helaian kainnya membawa makna simbolik tersendiri menggambarkan kehalusan budaya dan identiti masyarakat India.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Buletin TV3 & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Warisan Negara (JWN) sedang dalam proses dalam mengangkat busana sari tradisional sebagai warisan negara

Menerusi laporan Buletin TV3, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara (JWN), Dr. Eyo Leng Yan berkata sari ketika ini belum diwartakan secara rasmi tetapi telah dimasukkan ke dalam inventori jabatan sebagai langkah awal ke arah pengiktirafan tersebut.

"Bagi Jabatan Warisan Negara, fungsi utama kami adalah memelihara, memulihara dan melindungi warisan agar keasliannya tidak pupus.

"Seboleh-bolehnya, sebagai jabatan warisan, kita mahu mengekalkan keaslian sari daripada segi gaya pemakaian, lilitan dan pemilihan warna.

"Sari belum diwartakan bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, tetapi telah dimasukkan ke dalam inventori, menandakan kita bersedia untuk mengangkatnya sebagai warisan, malah mungkin sebagai warisan kebangsaan pada masa akan datang," katanya.

SAYS.com

Pengarah Bahagian Warisan Tak Ketara, Jabatan Warisan Negara, Dr. Eyo Leng Yan

Image via Buletin TV3

Busana tersebut bakal disenaraikan sebagai salah satu warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)

Beliau menjelaskan bahawa di bawah akta berkenaan, terdapat dua tahap pengiktirafan iaitu warisan dan warisan kebangsaan. Sari akan terlebih dahulu dicadangkan untuk diangkat ke peringkat pertama terlebih dahulu.

"Ketika ini, kita telah melengkapkan bahan dan hasil penyelidikan berkaitan sari, termasuk rekod-rekod sejarah serta dokumentasi yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pakar.

"Sari mempunyai hubungan rapat dengan sejarah Malaysia kerana ia melambangkan penghijrahan masyarakat India ke negara ini sejak dahulu lagi.

"Ia bukan sahaja terus menjadi pakaian utama dalam masyarakat India, malah turut dipakai oleh kaum lain termasuk Melayu, Cina serta masyarakat di Sabah dan Sarawak," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: