Sarawak Umum Cuti Tambahan Pada 4 Jun Ini Buat Penjawat Awam Sempena Sambutan Perayaan
Cuti panjang orang Sarawak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kakitangan awam Persekutuan di Sarawak mendapat cuti tambahan pada 4 Jun menggantikan cuti umum yang bertindih pada 2 Jun
Menerusi laporan Harian Metro, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Ahmad Nadzri Mohd Hassan berkata ia selaras dengan surat pengisytiharan tambahan hari kelepasan am daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki sebelum ini.
"Dengan ini dimaklumkan bahawa 4 Jun 2025 (Rabu) juga adalah hari kelepasan am tambahan bagi perkhidmatan awam Persekutuan termasuk badan berkanun Persekutuan di Sarawak," katanya.
Sambutan Hari Gawai bertindih dengan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
Hari pelepasan am ini diberikan berikutan tarikh sambutan Hari Gawai Dayak dan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong bertindih pada 2 Jun ini.
Tarikh 3 Jun juga adalah cuti umum bagi menggantikan hari pertama sambutan Hari Gawai Dayak pada 1 Jun, yang jatuh pada hari Ahad.
Terdahulu, Mohamad Abu Bakar dalam surat bertarikh 25 Mei berkata, kerajaan Sarawak bersetuju untuk mengisytiharkan 4 Jun 2025 sebagai hari kelepasan am untuk perkhidmatan awam Sarawak, termasuk badan berkanun Sarawak dan pihak berkuasa tempatan Sarawak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via