Sarawak Bakal Turunkan Usia Minimum Permohonan Kerakyatan Umur 21 Kepada 18 Tahun
Difahamkan, sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mempercepat permohonan kerakyatan yang rumit.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sarawak akan menurunkan had umur permohonan kerakyatan daripada 21 kepada 18 tahun bermula Jun ini
Menerusi laporan Free Malaysia Today, penguatkuasaan permohonan kerakyatan terbaharu ini merupakan pindaan di bawah Perkara 15(A) Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata langkah itu akan memberi kesan terutamanya terhadap kanak-kanak yang dilahirkan daripada ibu bukan warganegara serta kes anak angkat tidak didaftar dengan sempurna.
"Lonjakan permohonan kewarganegaraan di Sarawak bukan disebabkan faktor umur, tetapi lebih kepada kes rumit membabitkan anak 'tidak sah taraf' yang dilahirkan ibu bukan warganegara dan anak angkat tanpa pendaftaran sah," katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.
Image via Adele Rissa/Utusan SarawakBanyak kes melibatkan kes kanak-kanak dari asal-usul negara sekitar
Menurut Fatimah, banyak kes membabitkan kanak-kanak lahir di luar perkahwinan sah atau tiada pendaftaran lengkap, dengan asal-usul biasanya dari negara Filipina, China, Indonesia dan Papua New Guinea.
Beliau menasihatkan pasangan mendaftarkan perkahwinan di luar negara memastikan pendaftaran sah di Malaysia, sebaik kembali ke tanah air.
Katanya, kes anak angkat tidak didaftarkan mewujudkan jurang dokumentasi besar, sekali gus mendorong penubuhan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Sarawak bagi mempercepatkan proses kes itu.
"Jawatankuasa khas ini akan memproses kes berkenaan dengan lebih cepat daripada dulu. Perlu ditegaskan bahawa jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa meluluskan permohonan.
"Keputusan muktamad terletak kepada Menteri Dalam Negeri, namun peranan kami adalah memastikan tiada permohonan dihantar dalam keadaan tidak lengkap atau tidak menepati syarat," jelasnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 