Sarawak Bakal Laksana Ujian Penilaian UPDLP Bagi Murid Tahun Enam Oktober Ini
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.
Cover image via mStar
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn mengumumkan Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak (UPDLP Sarawak) bagi murid tahun enam akan diadakan pada 15 dan 16 Oktober tahun ini
Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata UPDLP Sarawak ialah satu ujian piawaian bagi murid Tahun Enam dan pelajar Tingkatan Tiga yang terlibat dalam program tersebut.
"Penilaian murid untuk subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan kertas peperiksaan dibuat oleh guru pakar tempatan serta disahkan oleh Cambridge University Press and Assessment (CUPA) bagi memastikan selaras dengan piawaian antarabangsa," katanya.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn
Image via Suara Sarawak
Difahamkan, inisiatif itu adalah hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), SWIM dan universiti milik kerajaan negeri Sarawak
"Ini membuktikan komitmen kami dalam memastikan sistem pendidikan Sarawak memenuhi piawaian global," katanya lagi.
Menurut beliau, perjanjian perkhidmatan kontrak antara Swinburne Innovation Malaysia (SWIM) dan CUPA ditandatangani pada 30 April tahun ini di Cambridge, United Kingdom bagi merasmikan kerjasama antarabangsa itu turut disaksikan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


