Sandoz Malaysia Tingkat Kesedaran Mengenai Artritis, Tekankan Peranan Biosimilar Yang Kos Efektif
Alternatif mampu milik untuk penjagaan artritis.
Cover image via Sandoz MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sandoz, peneraju global dalam perubatan mampu milik dengan kerjasama Yayasan Artritis Malaysia (AFM), baru-baru ini telah menganjurkan perbincangan meja bulat bagi membincangkan tentang penyakit artritis yang semakin meningkat di Malaysia serta peranan biosimilar dalam meningkatkan akses pesakit kepada rawatan yang berkesan
Diadakan bersempena Hari Artritis Sedunia (12 Oktober), perbincangan tersebut telah membolehkan pakar dan wakil pesakit membincangkan kesan kesihatan dan sosio-ekonomi yang ketara akibat penyakit artritis.
Menurut AFM, osteoartritis menjejaskan sehingga satu daripada lima orang dewasa Malaysia, manakala artritis reumatoid (RA) memberi kesan kepada ratusan ribu rakyat Malaysia. Ramai pesakit yang masih belum didiagnosis dan menderita secara senyap.
Sebuah artikel tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa hanya 20% daripada mereka yang mempunyai gejala muskuloskeletal kronik mendapatkan bantuan daripada penjagaan primer, dan hanya 50% pesakit RA mendapatkan rawatan dalam tempoh setahun selepas gejala bermula.
Di samping isu kesihatan, penyakit ini turut membebankan pesakit, penjaga, dan sistem penjagaan kesihatan dari segi ekonomi. Malah, sebanyak RM163 juta dibelanjakan setiap tahun untuk RA sahaja.

Biosimilar: Alternatif mampu milik untuk penjagaan artritis
Menurut Ketua Negara Sandoz Malaysia (Malaysia, Brunei & Singapura), Carlos Patarrana, artritis bukan sahaja isu kesihatan tetapi juga isu sosio-ekonomi yang mempunyai implikasi besar kepada individu, keluarga, dan masyarakat.
"Melalui kolaborasi dengan AFM, kami berharap dapat mengetengahkan pengalaman sebenar pesakit dengan menekankan peranan yang boleh dimainkan oleh biosimilar dalam memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada rawatan yang mereka perlukan," katanya.
Jelas Carlos lagi, Biosimilar telah terbukti selamat, berkesan, dan merupakan alternatif yang lebih mampu milik berbanding biologi. Ia berpotensi untuk mengubah penjagaan artritis di Malaysia dengan menyediakan rawatan lanjutan kepada pesakit yang mungkin terpinggir akibat halangan kos.

Ketua Negara Sandoz Malaysia (Malaysia, Brunei & Singapura),Carlos Patarrana
Image via Sandoz MalaysiaTurut bersetuju dengan Patarrana, Presiden AFM, Dr Fariz Yahya, mendedahkan bahawa ramai pesakit artritis di Malaysia terus menghadapi halangan untuk mengakses rawatan yang berkesan, terutamanya disebabkan oleh kos.
"Menerusi kerjasama kami dengan Sandoz Malaysia, kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesan penyakit ini kepada pesakit, keluarga, dan masyarakat, serta menonjolkan bagaimana penggunaan biosimilar boleh membuka pintu kepada penjagaan yang lebih baik untuk lebih ramai rakyat Malaysia," tegas Dr Fariz, yang juga merupakan Pakar Runding Reumatologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMSC).
Video inspirasi dan kisah pesakit tunjukkan impak positif

Sebagai sebahagian daripada acara tersebut, Sandoz Malaysia dan AFM turut melancarkan dua video kisah perjalanan pesakit yang merakam pengalaman hidup rakyat Malaysia yang menghidap artritis. Kisah-kisah ini menggambarkan bagaimana akses kepada biosimilar, sering kali buat kali pertama telah meningkatkan mobiliti, kebebasan, dan kualiti hidup pesakit sambil meringankan beban ekonomi keluarga.
Tambah Carlos, sebagai peneraju global dalam ubat generik dan biosimilar, Sandoz Malaysia komited untuk merintis akses untuk pesakit.
"Kerjasama dengan AFM ini mencerminkan misi bersama untuk memperluas akses kepada ubat-ubatan berkualiti tinggi yang mampu milik dan meningkatkan kesedaran tentang bagaimana biosimilar boleh membantu membina sistem penjagaan kesihatan yang lebih lestari di Malaysia," kongi beliau.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



