‘Browser’ Baru Ini Halang Akses Kepada Segala Laman Web Lucah

Halalan Toyyiban!

Enlarge text
Cover ImageCover image via www.shutterstock.com
Logo

Selari dengan peningkatan jumlah umat Islam di seluruh dunia, kini industri patuh syariah pun semakin pesat membangun

Bukan saja industri pemakanan, lain-lain industri turut memberi penekanan terhadap kepatuhan syariah dalam produk dan servis yang ditawarkan. Contoh paling mudah kita boleh lihat adalah dari negara Malaysia sendiri seperti **[Rayani Air](http://says.com/my/seismik/rayani-air-syarikat-penerbangan-patuh-shariah-pertama-malaysia)** dan Adya Hotel di Langkawi.

Adya Hotel.

Image via www.adyahotel.com

Dua industri ini iaitu penerbangan dan perhotelan tampak begitu mustahil sebelum ini untuk mendapat kelulusan patuh syariah. Namun, perkara itu hanya tinggal sejarah.

Rayani Air.

Image via Instagram @shahazwan

Dan kini, rakyat Malaysia mengeluarkan satu lagi produk patuh syariah yang boleh diakses oleh seluruh penduduk dunia di mana-mana saja mereka berada. Produk tersebut adalah sebuah pelayar web atau web browser.

**[Salam Browser](https://salambrowser.com/en/)** merupakan sebuah pelayar web yang menghormati adab Islam, membolehkan pengguna melayari web sambil menghormati tuntutan agama, dan memelihara kemurniaan jiwa.

Bermakna, siapa-siapa yang menggunakan pelayar web ini boleh menjauhkan diri daripada melihat perkara-perkara [haram](http://says.com/my/stories/tagged/haram) dan mensia-siakan.

Apa bezanya Salam Browser dengan Google Chrome?

Secara dasarnya, konsep Salam Browser ini lebih kurang sama dengan Google Chrome. Bezanya, pelayar ini menghalang akses kepada laman-laman berunsur negatif dan maksiat.

Lebih menarik, Salam Browser memberi amaran terhadap lebih daripada 1.4 juta laman web yang mengandungi unsur maksiat, perjudian, dan lain-lain kandungan yang membawa mudarat. Ia juga menghadkan hasil carian video dan visual berunsur maksiat serta keganasan.

Image via SAYS

Selain itu, pelayar ini juga menghalang pemantauan secara rahsia data serta aktiviti peribadi, serta melindungi kedudukan geolokasi seseorang

Dan jika anda menemui sebarang kandungan tidak sihat, anda boleh membantu melindungi komuniti Salam daripada kandungan ini dengan sekali klik sahaja. Tiada masalah untuk anda hantarkan maklumat untuk menyenarai hitamkan laman web bermudarat dan kongsi manfaatnya bersama pengguna-pengguna lain.

Inisiatif dari anak muda tempatan ini seharusnya diberikan pujian. Mana tahu pelayar ini bakal menjadi pilihan nombor 1 penduduk dunia kelak 😉

Maklumat lanjut sila layari:

**[salambrowser.com](https://salambrowser.com/ms/)**
Facebook **[Salam Browser](https://www.facebook.com/SalamBrowser/timeline)**

Apa lagi yang dah Halal?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: