Saifuddin Dedah Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Jual Bahan Lucah Di WhatsApp Group

Menurut Saifuddin, timbul isu ketika kes tersebut hendak dikendalikan kerana ia tertakluk kepada pelbagai undang-undang.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis membongkar kegiatan menjual bahan lucah di WhatsApp oleh kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun

Menerusi laporan Buletin TV3, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kegiatan itu ditumpaskan polis pada tahun ini menerusi kerjasama rentas kementerian.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit telah membuat platform jualan bahan lucah berkenaan dan berpakat bersama empat rakannya.

"Pada 2025, kita bongkar, tumpaskan pula geng budak sekolah. Itu tentunya dengan kerjasama kementerian berkaitan. Umur baru 12 tahun. Yang buat laman sesawang ini budak perempuan umur 12 tahun. Pakat dengan kawan-kawannya empat orang.

"Group (kumpulan) WhatsApp (mengandungi) ramai, 762 orang. Masing-masing ambil gambar, bahagian tubuh masing-masing kemudiannya jual.

"Dia berhenti sekolah sebab jumlah pendapatannya untuk sebulan jauh lebih tinggi, lebih besar daripada pendapatan ibu bapanya. Jadi buat apa dia nak (pergi) sekolah lagi," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cyber Guru

Timbul pelbagai isu untuk mengenakan tindakan undang-undang

Mengulas lanjut, Saifuddin mengakui timbul isu ketika mengendalikan kanak-kanak terbabit untuk kes jenayah kerana ia tertakluk kepada pelbagai undang-undang.

Antaranya adalah kanak-kanak terbabit itu tidak boleh dibawa ke mahkamah terbuka.

"Jadi bagaimana kita ambil tindakan. Undang-undang kita pelbagai. Kalau kita nak ambil tindakan terhadap mereka ini, SUHAKAM akan kata mereka ini baru kanak-kanak.

"Satu bab lain apa akan jadi pada masa depan mereka? Bagaimana tindakan kita boleh ambil? Jadi dalam melaksanakan penguatkuasaan, bila kita jumpa kes macam ini, jelas sekali kita tetap kena dapatkan pandangan dari pelbagai agensi lain. Itu cara modus operandi," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: