Saifuddin Dedah Bayi 3 Bulan Dirogol & Videonya Dijual – “Kerja Gila, Tak Terjangkau Di Akal”
Pihaknya kini sedang merancang untuk memperkasakan D11 Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan wujud kes bayi berusia tiga bulan dirogol dan jenayah itu dirakam sebelum dijual
Menerusi laporan Harian Metro, Saifuddin yang berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, menyifatkan kes terbabit adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
"Saya diberi taklimat (oleh polis baru-baru ini) pada jam 12.30 tengah malam, kalau sudah waktu itu, maknanya seriuslah.
"Sekarang ini dah berlaku satu keadaan yang teruk, tak terjangkau di akal. Bayi umur tiga bulan kena rogol, divideokan dan (rakaman) dijual video itu. Itu sudah kira gila, ya dah gilalah, tak terbayang oleh kita," katanya.

Saifuddin Nasution bercakap pada sidang media selepas hadir Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri.
Image via BernamaImage viaTidak memberi butiran lanjut berkenaan kes tersebut
Bagaimanapun, pada sidang media selepas majlis berkenaan, ketika diminta mengulas lanjut mengenai kes terbabit, Saifuddin enggan memberi butiran.
Sementara itu, Saifuddin menegaskan, Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan negara ini sebagai platform merekrut atau mengutip dana bagi aktiviti keganasan.
Mengulas mengenai kejayaan polis menumpaskan Gerakan Militan Radikal Bangladesh baru-baru ini, beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi jika ada aktiviti terbabit dikesan di negara ini, biarpun sasaran kumpulan itu untuk menjatuhkan kerajaan negara asal mereka.
"Kejayaan ini menunjukkan bahawa tahap perisikan kita berada pada tahap yang terbaik.
"Kerana itu kita dapat menanganinya dan kita tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu terkait dengan keganasan seumpama ini," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 