Sabun Pencuci Pinggan & Baju Kini Termasuk Dalam Barangan Boleh Dibeli Dengan Bantuan SARA
Sebelum ini, barangan yang terlibat dalam bantuan ini ialah makanan asas, kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini dapat menikmati lebih bantuan apabila kerajaan memutuskan menambah kategori barangan yang boleh dibeli bermula semalam
Menerusi laporan Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kategori barangan berdaftar di bawah SARA kini meningkat kepada 14 dengan perluasan kategori barangan melibatkan produk kebersihan rumah seperti sabun pencuci pakaian, pinggan mangkuk dan lantai.
"Kerajaan MADANI sentiasa mendengar suara rakyat demi memastikan kelangsungan hidup mereka terus terbela.
"Perluasan kategori barangan dibenarkan di bawah SARA adalah hasil maklum balas daripada majoriti penerima. Arakian, kerajaan bertindak segera untuk melaksanakannya," katanya.
Image via MyKasih
Lebih 3.9 juta penerima SARA menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas sepanjang April
Menurut sebuah kenyataan daripada Kementerian Kewangan, perkara ini selari dengan bilangan kedai runcit dan pasar raya berdaftar di bawah SARA yang telah mencecah lebih 3,700 buah di seluruh negara berbanding 700 tahun lepas.
"Sambutan sangat menggalakkan apabila 72 peratus daripada jumlah 5.4 juta penerima SARA mula berbelanja menggunakan MyKad dalam bulan pertama pengkreditan SARA. Penerima SARA telah ditingkatkan daripada 700,000 kepada 5.4 juta mulai April.
"Kadar maksimum SARA yang diterima tahun ini adalah hingga RM2,100 berbanding RM1,200 pada tahun lepas, yang merupakan peningkatan 75 peratus. Pembelian SARA boleh dibuat sepanjang tahun dan baki kadar atau kredit bulanan SARA akan dibawa ke bulan seterusnya hingga 31 Disember," kata kenyataan itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 