RTM Henti Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’ Susulan Kebimbangan Kandungan

Difahamkan, siri animasi itu telah ditayangkan di TV2 pada 16 November 2025, pukul 10 pagi (Ahad).

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini mengumumkan keputusan untuk menghentikan siaran siri animasi kanak-kanak bertajuk "Santiago of the Seas" bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap keseluruhan kandungan siri tersebut

Tindakan drastik ini diambil susulan pandangan dan maklum balas yang diterima berhubung kandungan yang disiarkan dalam episod 22, yang telah ditayangkan di TV2 pada 16 November 2025, pukul 10 pagi (Ahad).

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Penyiaran Malaysia, meskipun laporan Penilaian Kandungan dan semakan awal mendapati tiada isu yang melanggar etika, langkah penghentian siaran tetap dilaksanakan sebagai langkah berhati-hati.

SAYS.com
Image via Facebook

Tiada babak hubungan sejenis dikesan, namun siaran animasi akan dihentikan

RTM menjelaskan bahawa semakan yang telah dijalankan mendapati "tiada perlakuan atau kemesraan yang menggambarkan hubungan pasangan sejenis, mahupun sebarang elemen yang menjurus ke arah itu" dalam episod tersebut.

Namun begitu, bagi memastikan tiada elemen yang boleh menimbulkan keraguan atau sensitiviti dalam masyarakat, RTM telah mengambil keputusan untuk menghentikan siaran animasi berkenaan. Siasatan lanjut terhadap kesemua kandungan siri itu kini sedang dijalankan.

Dalam kenyataan berkenaan, RTM menegaskan komitmennya untuk kekal memastikan semua kandungan yang disiarkan mematuhi etika penyiaran yang ditetapkan dan tidak akan menimbulkan ketidakselesaan mana-mana pihak.

RTM turut memohon kerjasama semua pihak agar tidak menimbulkan spekulasi yang tidak wajar berhubung isu ini dan diminta untuk merujuk terus kepada Jabatan Penyiaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat yang lebih sahih dan lanjut.

Lihat kenyataan rasmi daripada pihak RTM di bawah:

SAYS.com
Image via RTM – Radio Televisyen Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: