RTM Akan Hentikan Siaran Salurannya Di Astro Berkuat Kuasa 1 Julai Ini

Pelaksanaan ini dilakukan selepas hampir 30 tahun RTM bersama Astro.

Enlarge text
Cover ImageCover image via RTM & Reuters
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menghentikan perkhidmatan penyiaran salurannya di platform siaran Astro bermula 1 Julai ini

Menerusi laporan New Straits Times, dalam kenyataan bertarikh 11 Mei 2026, RTM memaklumkan kedua-dua pihak menghadapi kesukaran pada masa ini untuk 'mencapai perjanjian harga' dan persetujuan yang memenuhi keperluan dan keupayaan kewangan masing-masing.

"Selepas bertahun-tahun kerjasama dan rundingan berterusan mengenai kos dan kadar sewa untuk perkhidmatan ini, pada masa ini sukar untuk mencapai persetujuan harga dan kontrak yang memenuhi keperluan dan keupayaan kewangan kedua-dua pihak.

"Sehubungan itu, RTM telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan penyiaran saluran RTM. Penamatan ini akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2026," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via SC

Tamatkan 3 siaran televisyen di platform satelit dan OTT

Difahamkan, RTM bakal menamatkan siaran TV1-HD, TV2-HD dan Okey, di platform satelit Astro dan platform over-the-top (OTT) yang dikendalikan oleh pihak Astro.

Dalam pada itu, RTM turut berkongsi kerjasama dengan Astro juga merangkumi beberapa produksi usaha sama dan telah memberi impak positif kepada penonton kedua-dua pihak.

"Memandangkan kos sewa saluran terus meningkat dan beban kewangan RTM dalam memajak saluran ini menjadi lebih berat, adalah lebih wajar bagi kami untuk menamatkan perkhidmatan tersebut agar tidak dibebani oleh kos yang sukar dikawal," katanya.

RTM telah bekerjasama dengan Astro dalam penyiaran saluran TV1 dan TV2 sejak tahun 1996, manakala saluran Okey, dahulunya dikenali sebagai Muzik Aktif dan TVi, pula sejak tahun 2009.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik