Ronaldo Kecewa, Al-Nassr ‘Kempunan’ Angkat Trofi Juara Liga Saudi Lebih Awal

Untuk rekod, Ronaldo belum pernah merangkul kejuaraan liga bersama Al-Nassr.

Enlarge text
Cover ImageCover image via GOAL.com & WST
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kejuaraan liga pertama Ronaldo bersama Al-Nassr sekali lagi tertangguh apabila pasukannya sekadar seri 1-1 menentang Al-Hilal awal pagi tadi

Menerusi laporan Berita Harian, kemenangan boleh membantu melebarkan jurang kepada lapan mata dengan Al-Hilal dalam pada liga berbaki dua perlawanan.

Al-Nassr hampir menjulang gelaran liga pertama sejak 2019 apabila mendahului Al-Hilal 1-0 hasil jaringan Mohamed Simakan pada separuh masa pertama.

Ronaldo kemudiannya dikeluarkan tujuh minit sebelum tamat permainan juga menerima sorakan gemuruh penyokong di venue perlawanan, Al-Awwal Park.

Namun, malang menimpa pasukan Al-Nassr apabila jaringan sendiri pada minit kelapan masa kecederaan memastikan perebutan kejuaraan terus terbuka.

Penjaga gol Al-Nassr, Bento cuba menumbuk bola hasil lontaran jauh lawan tetapi terlanggar rakan sepasukan, Inigo Martinez, sebelum bola melantun masuk ke gawang sendiri, walaupun Abdulelah Al-Amri cuba menyelamatkan keadaan, bola sudah melepasi garisan gol dan jaringan disahkan.

Ronaldo dirakam duduk bersendirian di bangku simpanan dalam keadaan sugul

Ronaldo kemudiannya bangun sambil menggeleng kepala sebelum berjalan masuk ke terowong dengan wajah kecewa.

Bintang Portugal berusia 41 tahun itu telah menjaringkan 127 gol dalam 146 penampilan sejak menyertai Al-Nassr selepas meninggalkan Manchester United pada November 2022.

Namun, satu-satunya trofi dimenanginya di Timur Tengah setakat ini hanyalah Piala Juara-Juara Kelab Arab 2023.

Walau bagaimanapun, Al-Nassr masih berada di landasan terbaik untuk memenangi liga apabila kekal lima mata di depan Al-Hilal dan memiliki perbezaan jaringan yang lebih baik.

Jika berjaya menewaskan Damac dalam aksi terakhir minggu depan, Al-Nassr akan muncul juara liga buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik