Rokok & Vape Kini Tidak Lagi Boleh Dijual Secara Terbuka Bermula 1 April Ini
Akta tersebut telah dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2024 yang lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mulai 1 April, produk tembakau tidak lagi boleh dipamerkan secara terbuka di kedai di beberapa negeri
Sebaliknya, ia mesti disembunyikan daripada pandangan dalam kabinet tertutup.
Menurut laporan dari The Star, langkah itu selaras dengan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), yang melarang paparan tempat jualan produk merokok di kedai makan dan kedai runcit.
Akta tersebut telah dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2024 yang lalu, di mana ia meliputi peraturan mengenai pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.
Larangan tidak terpakai kepada kedai khusus yang menjual produk tembakau dan vape, tetapi premis ini tidak boleh dilihat dari luar
Akta ini juga termasuk larangan mempamerkan semua produk tembakau termasuk rokok elektrik, vape di kedai runcit.
Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor bersedia untuk menguatkuasakan larangan itu berkuat kuasa 1 April selepas menerima makluman mengenai langkah itu lebih awal.
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pulau Pinang Daniel Gooi Zi Sen, dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perak A Sivanesan, jabatan kesihatan di kawasan masing-masing akan memulakan penguatkuasaan sebaik sahaja tempoh tangguh tamat, lapor The Star.
"[Jika didapati bersalah,] individu boleh didenda daripada RM500 hingga RM30,000, manakala organisasi boleh dikenakan denda sehingga RM300,000, atau penjara," kata Gooi.
Akta itu juga menetapkan pelbagai lokasi, termasuk pusat hiburan, hospital, klinik, tandas awam, dan kedai berhawa dingin, sebagai zon larangan merokok, lapor New Straits Times.
Di bawah Akta tersebut, pemilik kawasan larangan merokok mesti memaparkan tanda amaran yang jelas terhadap merokok.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via